Rabu, 30 Januari 2013

Sandakan No. 8: The Tale of Osaki

Tiada ulasan:
 
    Ini adalah cerita lanjutan daripada pos Karayuki-San. Kisah ini adalah berkenaan seorang perempuan yang menjadi pelacur di Sandakan, Sabah. Sandakan No. 8 bermaksud brothel atau rumah pelacuran nombor lapan.
Sandakan No.8

   Ini adalah filem terbitan Jepun dibawah arahan Kei Kumai, filem ini adalah adeptasi buku Sandakan no. 8 yang ditulis oleh Yamazaki Tomoko. Filem ini menceritakan tentang seorang jurnalis/wartawan mengkaji artikel berkenaan sejarah Karayuki - San (sejarah wanita Jepun yang dipaksa bekerja sebagai pelacur di luar Jepun semasa awal abad ke-20). Dia mencari dan kemudian menjumpai seorang wanita tua (Osaki) yang pernah menjadi Karayuki-San.



    Osaki bersetuju untuk menceritakan kisah hidupnya seawal 1920-an. Pada masa itu, Osaki sedang berusaha mengumpul wang untuk keluarganya yang miskin, beliau bekerja sebagai pembantu rumah di daerah Sandakan, British Borneo Utara sekarang dikenali sebagai Sabah, Malaysia. Osaki menyangka dia akan berkerja dihotel tetapi sebenarnya dia ditempatkan dirumah pelacuran. Osaki bekerja sebagai pembantu rumah selama dua tahun, dia dipaksa oleh pemilik rumah pelacuran untuk menjadi pelacur. Osaki terus tinggal di Sandakan no. 8 sehingga Perang Dunia ke-2, beliau dapat pulang ke jepun semasa perang dunia ke-dua tetapi dengan kisah hidupnya sebagai Karayuki-San di Sandakan, dia disisihkan dan dihina.


   Akhir kata -  Sejarah pelacuran orang jepun yang datang ke sandakan pada tahun 1900-an telah dijadikan filem, malah memenangi pelbagai anugerah. Femes sudah ba sandakan ni. Patut la jadi bandar, masa era dulu - dulu pun sudah jadi tumpuan orang asing untuk datang berniaga. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.