Memaparkan catatan dengan label Blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogging. Papar semua catatan

Selasa, 2 April 2013

How to change post text color in custom blogger template.

Add this CSS to your blog 
Blogger Dashboard > Template > Customize > Advanced > Add CSS > In the right input area, paste this CSS and hit Apply to Blog :-

.post-body {
 color: black !important;
}

Get a list of CSS color names and values here
http://w3schools.com/cssref/css_colornames.asp


Isnin, 1 April 2013

Blog ini dalam proses pembaikan dan penaiktarafan. Harap maklum, segala kesulitan amat kami kesali.

Isnin, 11 Mac 2013

Advertlets Scam
Advertlets Scam

Bukan sekali tapi banyak sudah aku terbaca tentang  Advertlets adalah scam. Lihat gambar diatas, blog Tuk Kiyai mengatakan Advertlets sudah berhutang dengan beliau sebanyak RM600.00. Banyak tu. Aku tidak tau betul atau pun tidak, setakat ni aku stay pada Nuffnang saja la.

Jumaat, 1 Februari 2013

    Cepat, pantas dan tangkas. Ini tips blogging yang aku akan kongsikan kepada pembaca sekalian. Aku baru terbaca pasal ni jadi eloklah aku kongsikan sedikit ilmu ini.

Enam Langkah Untuk Buat Pos Dengan Pantas
Sekadar gambar hiasan
Jadi caranya ada enam. Mau buat pos cepat dan pantas ialah:

1. Ketepikan Semua Gangguan - Ketepikan segala bentuk gangguan seperti Facebook, twitter dan sebagainya. Ini semua kita tau kan, bila belajar pun kita kena fokus. Tapi aku pun jenis cepat terganggu juga, baru taip sikit sudah rasa mau rehat. Lepas tu makan, tengok gambar kucing di Facebook. Bila sudah penat melaghakan diri baru sedar rupanya ada benda yang lebih penting. Jadi, fokus dan jangan mudah terganggu.

2. Sediakan Topik -  Topik adalah idea utama. Jadi bila ada idea senang mau taip sebab kita tau objektif kita. Kita juga terpandu bila ada objektif, tidaklah terkial - kial, terpinga - pinga memikirkan apa yang hendak kita taip. Gunakan masa - masa terbiar kita untuk memikirkan topik yang kita ingin tulis contohnya masa tunggu bas, masa mandi atau masa - masa terbiar yang lain.

3. Gunakan Video, Gambar atau Quote - Ini memudahkan kita untuk menghuraikan idea. Sumber seperti ini juga akan memudahkan untuk menyampaikan idea yang sukar untuk kita huraikan dengan kata - kata. Ada masanya kita kering idea, jadi gunakanlah sumber - sumber ini untuk mengembangkan idea anda. 

4. Tulis Dahulu dan Edit Kemudian - Ini seperti yang kita belajar dalam penulisan intelektual. outline, draft and final essay. Jangan buat sikit lepas tu edit, buat sikit lepas tu edit. Banyak kerja, lebih baik taip dulu apa yang patut lepas tu edit. Buat draft dulu baru edit.

5. Penulis Jemputan - Kita boleh buat satu segmen khusus kepada pembaca untuk menyumbangkan artikel/pos dalam blog kita sebagai contoh kita mengundang penulis jemputan untuk menulis dalam blog kita dan kredit atas nama mereka. Kita boleh juga melawat website MyBlogGuest, ia adalah web yang untuk mencari artikel berkenaan niche kita. 

6. Penulis Hantu - Kita boleh membayar orang untuk menaip untuk kita. Kita ambil artikel mereka dan pos dibawah nama kita. Contohnya web Elance.



Akhir kata - inilah sedikit ilmu yang dapat aku kongsikan. Sila tunjuk ajar. 




Rabu, 30 Januari 2013

  Meta description ialah penjelasan/ulasan ringkas berkenaan isi kandungan blog atau menceritakan serba ringkas apa pembaca boleh dapat dalam blog anda. Meta des. bukanlah kaedah untuk meningkatkan ranking dalam Google atau search engine lain tetapi ia boleh membantu search engine dan pelawat untuk mengenali blog anda. Meta des. boleh diletakkan pada setiap post yang kita buat atau pada blog. 


Cara letak Meta description:

Meta Tag Description untuk blog
Setting > Search Preferences

1. Nampak Meta Tags, pilih enable search description (YES)
2. Taip perkataan yang menerangkan blog anda.
3. Save changes.





Meta description untuk pos

Post > Edit post/ New Post > Post Setting > Search Description
1. Taip penerangan pada ruang yang disediakan
2. Done


Akhir Kata -  Ini yang dapat aku kongsi malam ni. Sila tunjuk ajar. 

Khamis, 24 Januari 2013






Haha!!!!



Isnin, 29 Oktober 2012

     Menyuarakna pandangan sahaja. Tiada niat mau memangkah, menjatuhkan atau lain - lain. Kalau benda ni kita ambil tau dan nilai sebaik - baiknya, kita akan dapat sesuatu yang berguna. Aku bukanlah senior blogger, cuma mau berkongsikan rasa dihati. 

     Isunya ialah pasang lagu kat blog. Ada pasang lagu yang tidak boleh off dan ada yang boleh off. Ada yang boleh off tu pun satu hal. Mau cari tempat off tu kerja juga. Ada sesetangah blogger letak widget muzik tu kat bawah. Huh! susah mau scroll down sebab mau matikan lagu. Ada letak atas, senang mau bagi mati. Tapi cuba bayangkan bila anda sedang blogwalking. Buka multiple tab, lepas tu dalam sepuluh tab tu ada lima blog berwidget lagu. Berkumandang ditelinga, clash of song. Nah!! Payah mau off lagi. Tidak mustahil ada yang akan cakap siapa suruh tidak off sound. Aku jawab, bagi la aku peluang hidup gembira. Boleh tangkap kan. 

Pengakhiran; kepada blogger yang pasang lagu, saya minta maaf kalau post ini menyerang anda. Tiada niat menyerang, cuma ingin berkongsi rasa. Demi kemaslahatan jagat raya. Kalau ada sebarang idea atau bantahan, sila kemukaan. 

Ahad, 28 Oktober 2012

BoingBoing Blog by Mr. Frauenfelder (Klik gambar untuk imej jelas)

      Sumber gambar ini aku dapat dari silenceblogz. Lihatlah pendaptan blog BoingBoing milik Mr. Frauenfelder ini, sungguh mengagumkan. Dia menjana keuntungan blog melalui pengiklanan. Tapi semua ini dilalui dengan ketabahan. Lihatlah tahun blog ini didirikan, sekitar januari 2000. Masa yang diambil ialah lebih kurang 12 tahun dan pos harian 20 - 30 pos. Satu perkara yang agak sukar jika tidak berusaha bersungguh - sungguh. 

Jadi ini sudah menjadi motivasi untuk para blogger. Blog boleh menjana pendapatan dan berkarya. Pengakhiran, mari berjuang. Haha!! Buat 20 pos sehari. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.