Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sabah. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Oktober 2017

INFO TAMU SABAH:
ISNIN:
1.Kg.Pukak Kiulu
SELASA:
1.Kiulu
2.Kuala Penyu
3.Pandasan
4.Tamparuli
RABU:
1.Ranau
2.Nabawan
3.Tampaluri
4.Kudat
5.Kota Belud
6.Mambakut
7.Dongongon
8.Sipitang
9.bengkoka pitas
10. Tenom
KHAMIS:
1.Dongongon
2.Keningau
3.Tambunan
4.Telipok
5.Sumangkap (Matunggong)
6.Tenghilan
7.Pekan Nabalu
8.Taginambur
9.Papar
JUMAAT:
1.Sepulut
2.Teginambur Batu 10
3.Beaufort
4.Kundasang
5.Dongongon
SABTU:
1.Ranau
2.Nabawan
3.Kinarut
4.Matunggong
5.Putatan
6.Inanam
7.Mansiat Sook
8.Telupid
9.Apin-Apin (Keningau)
10.Beaufort
11.Papar
12. Tamu KRT Kundasang Ranau
13. Sindumin
AHAD:
1.Tuaran
2.Sook
3.Kota Marudu
4.Kota  Belud
5.Kota Kinabalu
6.Tambunan
7.Putatan
8.Keningau
9.Tampaluri
10.Telupid
11.Mambakut
12.Papar
13.Sikuati Kudat
14. Tamu KRT Ranau
15. Menumbok
16. Tenom
17. kampung lohan ranau
"Tamu Menjana Ekonomi Masyarakat"..
Selamat Beriadah..
..
...na kepada yg kaki tamu... jadual tamu sdh lngkap 

Sabtu, 9 Mei 2015

         Dua minggu lepas setelah enam bulan tidak balik ke kampung halaman iaitu Kota Marudu, akhirnya balik lah juga. Trip balik kampung ini tidak di sia - sia kan dengan casting jalak atau haruan di Kota Marudu

Sampalau caster beraksi!!!!

          Lokasi casting kali ini ialah di kampung Timbang Batu, Kota Marudu. Saya sampai agak lewat, approx, 5.30 p.m.. Tanpa membuang masa, saya terus meng-casting.

casting jalak atau haruan di kota marudu, sabah. farang ba top water lure
Akhirnya, sang haruan berjaya dinaikkan


casting jalak atau haruan di kota marudu
Posing sekejap bersama sang haruan sebelum dilepaskan kembali ke habitat asal


Haruan atau jalak dinaikkan dengan jayanya selepas 10 minit meng-casting.

Farang ba top water lure, casting jalak atau haruan di kota marudu
Lure yang saya gunakan 


Lure: Farang Ba Jump Frog (Purple Colour)
Rod: Storm Trickster 10 - 20lb
Reel: Shimano Canean
Line: Varivas 25lb


Selasa, 6 Januari 2015


    Pada suatu masa dahulu tinggal seorang manusia yang sangat tinggi orangnya di kampung Kampung Solibog,Tambunan. Orang ini dinamakan Bajau kerana dia berasal daripada kaum Bajau. Isterinya juga mempunyai ketinggian yang sama dengan Bajau.

lagenda batu bajau, cerita rakyat bajau di tambunan
Batu Bajau yang terletak di Tambunan yang kononya menjadi tempat tinggal jin - jin (roh - roh) jahat.
 Sumber: sabah.net

    Walaubagaimanapun tiada sesiapa pun yang dapat memberitahu setinggi mana Bajau hingga kini. Cerita ini menyatakan bahawa Bajau memiliki saiz badan yang sangat besar. Tapak kaki Bajau juga sangat besar sehinggakan apabila dia menyeberangi sungai ramai orang kampung yang akan mengekorinya. Ini kerana mereka ingin mengambil ikan-ikan yang mati dipijak Bajau. Oleh itu, orang-orang kampung mendapat faedah daripada Bajau terutamanya dari segi makanan. Apabila orang-orang kampung hendak menangkap ikan, maka Bajau akan diminta untuk berbaring di dasar sungai Pegalan. Orang-orang kampung akan mengumpul ikan-ikan yang mati itu pada bahagian kering tempat Bajau berbaring.

   

Pada masa itu, permusuhan antara kumpulan-kumpulan kaum etnik juga berlaku. Orang-orang kampung Solibog sangat dibenci oleh orang-orang Tapasang yang tinggal di bukit. Permusuhan ini berlaku kerana orang-orang Tapasang mencemburui kehadiran Bajau yang memberikan banyak faedah kepada orang-orang kampung Solibog. Oleh itu, orang-orang Tapasang mencuba untuk membunuh Bajau agar orang-orang Solibog tidak mendapat faedah lagi. Mereka telah bersedia untuk membunuh Bajau menggunakan penyumpit yang telah dimasukkan sumpit beracun. Namun demikian usaha yang mereka lakukan semasa menyerang Bajau cumalah sia-sia sahaja kerana dia hanya terasa seperti digigit nyamuk sahaja.

Penghormatan yang diberikan kepada Bajau bukan sahaja kerana sumbangannya dari segi penangkapan ikan tetapi juga kerana suatu peristiwa. Peristiwa ini seperti yang dinyatakan ialah Bajau telah mengangkat satu batu besar ke tempat di mana dia hendak dikebumikan. Ramai orang telah mencuba untuk mengangkat batu besar tersebut yang dibawa Bajau di bawah ketiaknya ke suatu tempat yang dipanggil Batu Bajau. Sehingga ke hari ini, batu besar itu masih dapat dilihat dan dinamakan Batu Bajau.

    Batu Bajau adalah setinggi dua kaki dan juga dua kaki lebar.  Batu ini secara semulajadinya mempunyai makna tersendiri kepada orang ramai. Batu ini dikatakan dijaga atau dihuni oleh roh-roh jahat yang akan mendatangkan penyakit kepada orang-orang yang datang mengganggu. Tidak lama dahulu, roh-roh jahat ini dikatakan menjadi sangat ganas di mana orang yang melaluinya akan sakit serta-merta atau menemui ajal. Sesiapa sahaja yang melalui kawasan batu ini yang memakai baju lama akan jatuh sakit. Terdapat orang ramai yang sangat mempercayai mitos ini sehinggakan mereka sanggup memakai baju baru atau mengelak daripada melalui kawasan tersebut bagi memastikan roh-roh itu tidak diganggu.

 Fidelis Insing - sabah.edu

Rabu, 16 Oktober 2013

BELURAN - Seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati disyaki dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi ini di rumah kongsi pekerja itu dan polis merampas sebilah parang daripadanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala isterinya menggunakan gunting, katanya.

Beliau berkata lelaki itu kemudian memukul empat anaknya termasuk bayi berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip.

Sivanathan berkata bayi berkenaan mati di tempat kejadian, isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duches of Kent Sandakan. - Bernama

Jumaat, 11 Oktober 2013




KOTA MARUDU 10 Okt. - Kerana ingin bersama menunaikan solat secara berjemaah, seorang penduduk, Amirul Yusof Abdullah @ Jusup Sagina, 38, telah mengambil langkah menjadikan rumah kosong milik keluarganya sebagai surau.

Amirul berkata, idea tersebut timbul seminggu sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri tahun lalu selepas surau usang tempat mereka mendirikan ibadah yang telah didirikan pada 1980-an dihanyutkan oleh banjir yang melimpahi Sungai Samparita.

Menurutnya, rumah tersebut adalah milik ayahnya, Sagina Tanggu yang kemudiannya diserahkan kepada Mary Anne, anak sulungnya yang kini menetap di Wilayah Persekutuan Labuan.

"Sementara menunggu ihsan surau daripada kerajaan, biarlah kami mendirikan ibadah di sini biarpun rumah ini sendiri terancam oleh banjir dari Sungai Samparita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Amirul, walaupun surau tersebut tidak sempurna, penduduk dari kampung berdekatan dan orang luar yang datang berurusan di Sekolah Kebangsaan Samparita yang terletak berdekatan turut menunaikan solat.

Kerana memikirkan keselamatan jemaah pada masa akan datang, seorang penduduk, Mohd. Nurikhwan Abdullah @ Benson Mapan, 38, telah mewakafkan sebahagian tanah milik keluarganya bagi tujuan tapak surau sekiranya pihak kerajaan bersetuju membina surau untuk mereka.

"Hati saya tergerak untuk menyumbang ke arah pembinaan surau ini semata-mata mahu meningkatkan syiar Islam, apatah lagi apabila saya memikirkan ramai pihak keluarga saya yang bukan Islam kini tertarik dengan agama suci ini," jelasnya.

Mohd. Nurikhwan menegaskan, sebuah surau yang sempurna perlu didirikan segera agar umat Islam di Kampung Samparita dan kampung berdekatan dapat menunaikan ibadah dengan selesa.

"Negara kita adalah negara Islam yang menjadi contoh kepada negara Islam lain, jadi adalah sukar diterima jika sebuah surau kecil tidak dapat dibina di kampung ini," katanya.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 29 April 2013





OPS NYAH II BERSEPADU yang dilancarkan oleh Mantan Ketua Menteri Chong Kah Kiat untuk menghapuskan PATI di Sabah adalah malapetaka buat Anak Negeri Sabah kerana operasi berkenaan diubah-hala kepada 'Anak Negeri Sabah' sehingga ramai menjadi mangsa 'Operasi Penghapusan Etnik'. Saksikan pengakuan mangsa yang terlibat kerana sehingga kini masih merempat di tanah tumpah darahnya sendiri. Beliau sangsi sama ada mahu turut membuang undi pada PRU 13 atau hanya berdiam diri? Siapa yang harus dipersalahkan?

sabahkini

Ahad, 7 April 2013


Lagi Projek IC Sabah

SAYA berfikir bahawa tidak keterlaluan jika kita berkongsi maklumat seperti ini. Kepada Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Keningau, sila jelaskan perkara ini kepada Orang Asal Sabah berhubung mudahnya rakyat asing memiliki MyKad Malaysia sekalipun bukan dizaman IC Projek.

Kepada Orang Asal Sabah, masih relevenkah kita mempercayai Jabatan Pendaftaran Negara atau masih relevenkah kita terus memberi mandat kepada UMNO-BN untuk membela masa depan rakyat Sabah?
Sila perhatikan betul-betul setiap yang ditandakan (bulatan merah) dalam objek di atas. Bapa pemilik MYKAD ini adalah warga Filipina manakala ibunya pula tidak ditentukan kewarganegaraannya.

Malangnya, JPN mendaftarkan kelahiran pemilik MYKAD ini pada 14 February 2008 (hari kekasih-kemungkinan pegawai JPN yang mengendalikan pendaftaran ini sedang dilamun cinta hingga tidak tahu membezakan yang salah atau betul).

Dikatakan bahawa pemilik MYKAD ini telahpun mendapat MYKAD beliau pada bulan yang lepas bersamaan Tragedi Pencerobohan Pengganas di Tanduo, Lahad Datu. Di mana sebenarnya INTEGRITI Penjawat Awam dan Pemimpin kita?

Salam Ini kalilah!

ANDY MAJAHAP

Khamis, 28 Mac 2013


mat bom

LAHAD DATU – Anggota keluarga individu tempatan yang dipercayai tali barut pengganas Selatan Filipina dan dikenali sebagai ‘Mat Bom’, mendakwa mereka langsung tidak tahu dan tidak terlibat dengan kegiatan lelaki itu kerana tinggal berasingan dan sudah lama tidak berjumpa.

Seorang daripada lapan anak Mat Bom mendakwa dia dan anggota keluarga yang lain tinggal di Kampung Tanjung Labian manakala bapanya pula di Kampung Tanduo.

“Kami tahu polis cari ahli keluarga Mat Bom. Kami dengar dari cerita orang kampung yang Mat Bom ini dikehendaki, tapi kami langsung tidak tahu apa-apa mengenai aktivitinya,” katanya kepada Bernama di Pusat Pemindahan Embara Budi di Felda Sahabat 17.


Wanita itu dan ibunya yang mendakwa ditahan pasukan keselamatan sejak 20 hari lepas, telah dibebaskan dan dibawa ke pusat itu semalam.

Mat Bom dipercayai terlibat dengan pengganas Sulu dengan menyebarkan risalah menghasut penduduk Sabah berketurunan Sulu supaya menyertai mereka dalam kegiatan menentang negara.

Mat Bom, seorang warga emas bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba memasuki pusat penempatan Embara Budi itu pada 8 Mac lepas dengan menyamar sebagai penduduk kampung.

Menurut penduduk kampung, gelaran Mat Bom diberi kepada pengganas itu kerana suka mengugut orang kampung dengan ugutan bom jika ingkar atau cuba melawannya.

Sementara itu, seorang cucu Mat Bom berkata apa yang berlaku melibatkan kegiatan Mat Bom tiada kena-mengena dengan anggota keluarga yang lain.

“Polis datang cari kami dan bawa kami ke Lahad Datu untuk ditahan. Kami bagi tahu yang kami tiada kaitan walaupun kami ahli keluarga.

“Kami sudah lama tidak ke Kampung Tanduo kerana tinggal di Kampung Tanjung Labian. Kami tidak tahu yang Mat Bom terlibat dengan pengganas,” katanya.

Cubaan untuk mendapatkan reaksi isteri Mat Bom gagal kerana difahamkan wanita itu kurang fasih berbahasa Melayu dan keadaannya uzur.

Anggota keluarga Mat Bom lain yang kebanyakannya wanita itu kelihatan takut dan enggan ditemuramah selain masalah komunikasi dan bahasa pertuturan.

Sementara itu menurut seorang anggota pasukan keselamatan yang berada di pusat penempatan itu, keluarga Mat Bom dijangka diasingkan daripada penduduk lain untuk tujuan keselamatan. – Bernama

Sabtu, 23 Mac 2013


sabah development corridor

KOTA KINABALU: Sabah menerusi pelan tindakan pembangunan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) telah mengenal pasti perladangan sawit sebagai kaedah sesuai bagi membasmi kemiskinan di negeri ini.

Model agropolitan projek-projek berasaskan pertanian yang akan dibangunkan di Beluran dan Kemabong itu, yang mempunyai kadar kemiskinan tinggi, disasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar di kawasan luar bandar di Sabah.

“Tapak bagi projek agropolitan (Beluran dan Kemabong) akan dimiliki oleh golongan miskin menerusi hak milik bersama,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Pembangunan dan Pelaburan Ekonomi Sabah (Sedia).

Ia juga akan menyediakan asas bagi golongan miskin untuk menyertai perjanjian perkongsian keuntungan 60:40 pengeluaran tandan buah segar (FFB) antara Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB)/Sawit Kinabalu, syarikat berkaitan kerajaan, dan golongan miskin.

Beliau berkata pembersihan tanah dan penanaman sawit di Beluran (4,000 hektar) dan Kemabong (1,000 hektar) akan bermula tahun ini.

Model agropolitan itu terdiri daripada zon pertanian utama (MAZ), kawasan penempatan (SA), zon ekonomi masyarakat (CEZ) dan program pembangunan sumber manusia (HRDP).

Penanaman tanaman komersil besar-besaran dijalankan di MAZ, yang menyediakan sumber pendapatan utama kepada golongan miskin, manakala SA berfungsi sebagai tapak bagi tempat tinggal berpusat dan menyediakan kemudahan seperti perumahan, utiliti, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Objektif utama HRDP adalah untuk meningkatkan modal insan dengan melengkapkan golongan miskin dengan kemahiran dan pengetahuan yang perlu, katanya, sambil menambah projek itu akan dijalankan oleh SLDB/Sawit Kinabalu.

Dalam inisiatif berkaitan, lapan Projek Permulaan (EPP), termasuk dua peluang baharu, juga telah diperuntukkan bagi pembangunan di bawah SDC, dalam usaha untuk menggunakan kira-kira 350,000 hektar tanah yang belum dimajukan di negeri ini.

Lapan projek itu ialah Akuakultur Udang, Nukleus Rumpai Laut Nasional, Projek Kultur Gabungan Gamat dan Kerapu Harimau, Taman Pengeluaran Makanan Kekal, Pusat Komersil Burung Walit, Kawasan Perindustrian Sabah Agro, Projek Kultur Ikan Marin Bersepadu dan Projek Kultur Kerapu dan Siakap Bersirip Tinggi.

Sabah mempunyai kira-kira dua juta hektar tanah bagi pertanian, dengan sebahagian besarnya ditanam dengan tanaman komersil seperti minyak sawit dan getah, manakala 350,000 hektar lagi belum dibangunkan.

Beliau berkata kebanyakan kawasan yang belum dimajukan adalah kawasan yang berpecah-pecah atau terletak di kawasan yang sukar dimasuki.

“Satu-satunya cara berdaya maju untuk membawa pembangunan ke tanah-tanah yang belum dimajukan ini ialah dengan menyatukannya menjadi unit ekonomi dan menyediakan sokongan logistik, utiliti dan perkhidmatan yang perlu.

“Pelaburan hiliran dalam aktiviti bernilai tinggi akan merangsang pengeluaran barangan pasaran khusus seperti sarang burung boleh dimakan, produk herba dan makanan tani diproses.

“Projek permulaan ini dijangka menjana kira-kira RM3.58 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar (GNI) bagi negeri dan mewujudkan 29,611 peluang pekerjaan pada 2020,” katanya.

Dilancarkan pada 29 Jan, 2008, SDC akan menumpukan kepada Kawasan Pembangunan Strategik (SDA) yang menjana pertumbuhan, termasuk Bio-Segitiga Sandakan-Beluran-Kinabatangan, Kawasan Marin Lahad Datu-Kunak-Semporna-Tawau, Lembah Makanan Dalaman, Kinabalu Gold Coast Enclave, Kluster Minyak dan Gas dan Kawasan Pembangunan Bersepadu Brunei Bay.

Menjelang 2025, inisiatif SDC itu disasarkan untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita kepada tiga kali ganda menerusi pelaksanaan program keutamaan yang juga dijangka mewujudkan 900,000 peluang pekerjaan.

Sedia dipertanggungjawabkan sebagai pihak berkuasa sehenti untuk memacu SDC, dengan tanggungjawab utama bagi merancang, menyelaras, menggalakkan dan mempercepat pembangunan SDC.

Jumaat, 15 Mac 2013



Martin and Osa Johnson visit Borneo in 1935-36. Part 1 only. This was Martin Johnson's last film. He was killed in an airplane crash in California in 1937.

Khamis, 14 Mac 2013




Video lama, tidak bersuara dan hitam putih. Video sebelum kemerdekaan Sabah iaitu pada tahun 1907. Saksikan pembangunan dan perkembangan sabah sewaku itu, aku sebagai orang Sabah berasa teruja sebab dapat melihat video ini, video lama yang mengingatkan kembali sejarah Sabah yang jarang dan susah sekali kita dapat saksikan pada masa ini. Kita sibuk melangkah kedepan sampai telupa kisah sejarah tanah kita. 

Isnin, 11 Mac 2013


Ini adakah Video penerangan berkenaan isu Lahad Datu - Sulu. Asree Sug cuba memberi penerangan tentang Sulu, Tausug, Filipino dan Isu Lahad Datu - Sulu.

Sabtu, 9 Mac 2013

Kaum di Sabah 2010
Kaum di Sabah 2010
2010: 27.29% pendatang tanpa izin. 2013 pula bagaimana? Pasti sudah ada yang baru masuk ke Sabah dengan bantuan saudara mara mereka yang kini sudah menetap lama di Sabah. Dengan berlakunya insiden pencerobohan ini, kita masih kurang pasti sama ada berlaku peningkatan atau penurunan terhadap angka Pendatang Asing Tanpa izin (PATI) yang menyelinap masuk ke Sabah.

Jabatan Pendaftaran Sabah
Jabatan Pendaftaran Sabah
Inilah tempat kedua sesak selepas shopping mall. Jabatan Pendaftaran Sabah.

Rabu, 30 Januari 2013

    Ini adalah cerita lanjutan daripada pos Karayuki-San. Kisah ini adalah berkenaan seorang perempuan yang menjadi pelacur di Sandakan, Sabah. Sandakan No. 8 bermaksud brothel atau rumah pelacuran nombor lapan.
Sandakan No.8

   Ini adalah filem terbitan Jepun dibawah arahan Kei Kumai, filem ini adalah adeptasi buku Sandakan no. 8 yang ditulis oleh Yamazaki Tomoko. Filem ini menceritakan tentang seorang jurnalis/wartawan mengkaji artikel berkenaan sejarah Karayuki - San (sejarah wanita Jepun yang dipaksa bekerja sebagai pelacur di luar Jepun semasa awal abad ke-20). Dia mencari dan kemudian menjumpai seorang wanita tua (Osaki) yang pernah menjadi Karayuki-San.



    Osaki bersetuju untuk menceritakan kisah hidupnya seawal 1920-an. Pada masa itu, Osaki sedang berusaha mengumpul wang untuk keluarganya yang miskin, beliau bekerja sebagai pembantu rumah di daerah Sandakan, British Borneo Utara sekarang dikenali sebagai Sabah, Malaysia. Osaki menyangka dia akan berkerja dihotel tetapi sebenarnya dia ditempatkan dirumah pelacuran. Osaki bekerja sebagai pembantu rumah selama dua tahun, dia dipaksa oleh pemilik rumah pelacuran untuk menjadi pelacur. Osaki terus tinggal di Sandakan no. 8 sehingga Perang Dunia ke-2, beliau dapat pulang ke jepun semasa perang dunia ke-dua tetapi dengan kisah hidupnya sebagai Karayuki-San di Sandakan, dia disisihkan dan dihina.


   Akhir kata -  Sejarah pelacuran orang jepun yang datang ke sandakan pada tahun 1900-an telah dijadikan filem, malah memenangi pelbagai anugerah. Femes sudah ba sandakan ni. Patut la jadi bandar, masa era dulu - dulu pun sudah jadi tumpuan orang asing untuk datang berniaga. 

Karayuki San

    During the 1890s, there were already some Japanese working in Sandakan, and most of them were coolies, contract workers. Although karayuki-san used to refer to people who sought work overseas, it later came to be associated with ladies who worked as prostitutes in foreign countries. Most of the karayuki-san were young girls from poor families who were either tricked or forced by poverty to sell their daughters to work overseas. In 1891, there were 20 brothels and 71 Japanese karayuki-san in Sandakan. The brothels were referred to by numbers and one of these was Brothel Number 8. Sandakan Brothel No. 8 (Sandakan Hachiban Shokan in Japanese) was opened by a Japanese lady named Kinoshita Kuni. A book by Tomoko Yamazaki which was later adapted into a movie has turned the name Sandakan into quite a famous name among older Japanese.
- jalan Tiga ,Sandakan, once famous with it's Karayuki-san.




North Borneo Historical Society

Rabu, 2 Januari 2013

Klik Gambar

Gah Gunung Kinabalu sebagai mercu Sabah.

Lama sudah tidak balik Sabah. Bila lihat gunung ini, teringat kenangan sepanjang di Sabah. Bila bangun pagi mesti nampak gunung Kinabalu. Tidak kira dimana jua, di Kota Marudu, di Kudat, di Kota Kinabalu atau di Kota Belud. Semua tempat dapat nampak Gunung. Apa lagi kalau di Kundasang dan ranau, lagi jelas. 

Tidak Apa, nanti Raya balik la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.