Memaparkan catatan dengan label Art. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Art. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Februari 2013

Berikut antara Enam kerja-kerja corak untuk diparking kan juga di sini.


Gambar Corak Kreatif - cakapbisa

Gambar Corak Kreatif - cakapbisa

Gambar Corak Kreatif - cakapbisa

Gambar Corak Kreatif - cakapbisa

Gambar Corak Kreatif - cakapbisa

Gambar Corak Kreatif - cakapbisa

Rabu, 30 Januari 2013

    Ini adalah cerita lanjutan daripada pos Karayuki-San. Kisah ini adalah berkenaan seorang perempuan yang menjadi pelacur di Sandakan, Sabah. Sandakan No. 8 bermaksud brothel atau rumah pelacuran nombor lapan.
Sandakan No.8

   Ini adalah filem terbitan Jepun dibawah arahan Kei Kumai, filem ini adalah adeptasi buku Sandakan no. 8 yang ditulis oleh Yamazaki Tomoko. Filem ini menceritakan tentang seorang jurnalis/wartawan mengkaji artikel berkenaan sejarah Karayuki - San (sejarah wanita Jepun yang dipaksa bekerja sebagai pelacur di luar Jepun semasa awal abad ke-20). Dia mencari dan kemudian menjumpai seorang wanita tua (Osaki) yang pernah menjadi Karayuki-San.



    Osaki bersetuju untuk menceritakan kisah hidupnya seawal 1920-an. Pada masa itu, Osaki sedang berusaha mengumpul wang untuk keluarganya yang miskin, beliau bekerja sebagai pembantu rumah di daerah Sandakan, British Borneo Utara sekarang dikenali sebagai Sabah, Malaysia. Osaki menyangka dia akan berkerja dihotel tetapi sebenarnya dia ditempatkan dirumah pelacuran. Osaki bekerja sebagai pembantu rumah selama dua tahun, dia dipaksa oleh pemilik rumah pelacuran untuk menjadi pelacur. Osaki terus tinggal di Sandakan no. 8 sehingga Perang Dunia ke-2, beliau dapat pulang ke jepun semasa perang dunia ke-dua tetapi dengan kisah hidupnya sebagai Karayuki-San di Sandakan, dia disisihkan dan dihina.


   Akhir kata -  Sejarah pelacuran orang jepun yang datang ke sandakan pada tahun 1900-an telah dijadikan filem, malah memenangi pelbagai anugerah. Femes sudah ba sandakan ni. Patut la jadi bandar, masa era dulu - dulu pun sudah jadi tumpuan orang asing untuk datang berniaga. 

Selasa, 23 Oktober 2012

Ni dia bangunan pening. Sekali imbas, aku fikir ni gambar edit. Rupanya bukan, design rumah ni memang macam begini.
Pandangan Hadapan - Krzywy Domek

Sedikit info:

- Lokasi bangunan : Sopot, Poland.
- Nama bangunan ni: Krzywy Domek, dalam english dipanggil Crooked House.
- Dibina : 2004 
- Idea : SzotyƄscy & Zalesk
- Shopping Mall

Lagi pening


Bahagia Dalam Bangunan - fotopolska




Macam menarik, kalau la dapat pergi sini.

Sabtu, 13 Oktober 2012


Nah..  ni kali lah.  Sudah bertungkus lumus.  Ni la hasil untuk malam ini.  Rehat sekejap,  nant sambung lepas ni. Merepek dulu ba sekejap dalam blog.  Haha!

Published with Blogger-droid v2.0.9
Sehingga waktu ini, tiada kemajuan dalam carving. Lobak dah 10 batang habis. Ada 7 luka pada jari jemari. dan sakit hati. Haha!! 




Tidak apa!! kuatkan semangat. Lepas ni menjadi. Usaha tangga kejayaan. OSU!! 

Jumaat, 12 Oktober 2012

Asalamualaikum.


Ni adalah projek member - member. Diorang buat cantik dan kemas. Kalau dbandingkan dengan aku buat, bagus hiris - hiris saja terus masuk dalam tomyam. Haha!






Aku perlu berusaha lebih lepas ni. Tanam lobak la, tiada duit mau beli. 


Gambar: Ain Humairah
Cubaan julung kali, member bawa balik lobak.  Apa lagi,  aku pn start la carving. Tiada pisau carving,  pakai paring knife jak la. Aku akan memahirkan lagi seni carving ni,  potensi masuk kerja hotel tinggi sebab carver semakin kurang.

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.