Khamis, 21 September 2017

Bahasa dan bangsa bajau samah: masa depan bahasa kita dan perjalananya

1 ulasan:
 

Bahasa dan bangsa bajau samah:  masa depan bahasa kita dan perjalananya


usbo, bajau samah, persatuan bajau bersatu sabah, sabah, malaysia

Untuk tulisan kali ini tiada sebarang "construct", draf dan perancangan. ini adalah "Pop" kepala saya. saya memang sering kali terfikir tentang banyak hal tentang bahasa dan bangsa bajau.



1. Kerisauan saya tentang akan hilangnya bahasa bajau samah di bumi sabah ini. adakah kita menyayangi lebih menyayangi bangsa atau bahasa? dan mana satu parioritinya?

2. Pernah kadang satu masa saya berfikir, jikalau bahasa bajau ini menjadi bahasa penghantar negeri. adakah kita patut mewujudkan bahasa bajau yang moden dan futuristik?

3. Kita ada golongan ada individu yang boleh digelar ahli sasterawan bajau samah? lebih spesifik, dalam karya penulisan syair, sajak, pantun atau karya penulisan yang lain.

4. Adakah bahasa bajau samah yang kita tuturkan sekarang ini sebagai bahasa moden? jika ya, masih adakah bahasa bajau samah lama klasik?

5. Dan untuk kesekian perkataan (bahasa melayu) yang kita pinjam untuk dimuatkan di dalam pertuturan harian kita? adakah dia benar - benar tiada digunapakai dalam bangsa kita atau perkatan itu hilang ditelan oleh asimilasi bahasa

baju tradisi bajau samah, bajau samah, perempuan bajau, gadis bajau, dendo bajau samah. pbss, usbo, sabah, malayisa
Photo taken by Suziana  (During the Launching of Sabah Bajau Sama Association (PBSS) Culture Centre Tuaran – 23 Mei 2017

Bahasa dan bangsa bajau samah: masa depan bahasa kita dan perjalananya

Mungkin ini boleh dijadikan sebahagian dari matlamat perjalanan hidup kita. Adakah selepas seratus tahun, kita masih mendengar bahasa bajau samah dituturkan. Bajau samah dan perjalanaanya. Ataupun selepas seratus tahun bangsa bajau samah ini cuma tinggal sebagai lambang di surat beranak dan bagaimana kita boleh memartabatkan bangsa bajau samah.


Jika pembaca sekalian ada jawapan kepada segala persoalan saya diatas, saya amat mengalu - alukan pembaca untuk mengomen agar saya tidak rasa keseorangan memikirkan masa depan bangsa kita. Sila komen dan share. Terima kasih kerana membaca


1 ulasan:

εὖkarya berkata...

Saya pernah mengikuti persembahan pembacaan puisi dalam bahasa tradisi di Aswara dua tahun lalu (2018). Saya memilih bahasa Bajau Samah semasa membaca beberapa puisi tersebut. Pertuturan saya dalam bahasa tersebut lemah akan tetapi saya boleh faham jika keluarga bertutur bahasa Bajau Samah. Saya harap saya akan mengasah dengan lebih mendalam bahasa ini kerana pembacaan puisi dalam bahasa tradisi ini membuatkan saya sedar bahawa pentingnya penghormatan untuk mempelajari sebuah bahasa, apatah lagi yang sepatutnya menjadi bahasa ibunda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.