Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan

Ahad, 5 Mei 2013

mr. bean



Words. Could be a simple minor thing in our life, though its powerful. Cuz it’s the only things that can reach human hearts. I’m using word trying to reach yours.

Jadi, pilihlah bahasa dan perkataan yang sesuai ketika bercakap. Sebab kita tak tau apa yang seseorang itu lalui. Sometimes, kite tidak bermaksudkan sesuatu tu, tapi pemilihan perkataan yang salah mungkin boleh bagi kesan yang besar dalam hidup seseorang atau hidup kita sendiri.

Perkara penting sekali yang boleh kita ingatkan diri kita, “jangan bercakap andai tiada kepentingan”. Another things is, jangan cakap bila kita tidak pasti sesuatu perkara. Takot timbul fitnah. Percayalah, berdiam tu lebih bagus dalam banyak perkara terutama masa tengah bergaduh.

Termasuklah bila parents kita membebel, marah-marahkan kita. Nak menang apa sangat bila lawan cakap parents ni. Yakinlah, apa pun yang mereka buat, mereka buat sebaik mungkin untuk lindungi kita. Mungkin itu cara mereka sayang. Dengan kawan-kawan, cikgu, orang lebih tua, orang sekeliling kita.

Kata-kata tak boleh ditarik balik. Ambillah masa sebanyak mungkin utuk pilih perkataan.
Choose your words wise! ^^,















Ahad, 14 April 2013



Masa kecik-kecik dulu..


Kite masukkan tangan dalam baju pastu kite cakap tangan kita hilang

Kite sorok belakang pintu untuk kejutkan orang. Pernah sampai tertido

Merajuk pon belakang pintu

Kite pura2 tido sebab nak ayah angkat letak atas katil

Kite akan nangis bila kalah main dam aji

Kite akan off game bila kite nak kalah

Kite sepit penyepit baju kat jari

Kite conteng dinding rumah sebab dia putih dan tak gerak2

Kite suka bila takde elektrik sebab boleh main tiup2 lilin

Kite titiskan air lilin tu kat tangan

Kite tidur dengan semua teddy keliling kite sebab kite takot salah sekor akan merajuk

Kite ingat bulan ikot kite masa dalam kereta

Bila tertelan biji buah, kite akan takot sangat pokok akan tumbuh dari perut kite

Bila tertelan chewing gum, kite tak gerak sebab kite takot kite mati.

Kite akan terus lari walaupon jatuh lutut kite luka berdarah2

Luka kaki tak lah sesakit luka hati.

-hana-


Dear Mr.D,

I see what you did. I know what you trying to do. You try to get back to us. Yeah, it’s hard to win those heart that u ignored once ago. But, hey, keep it up. It’s just a matter of time. Sooner or later you will get them back, because you once love each other. Provided you start care about them. Give what you gave before. Spend more time. We human too, it’s our nature to be loved.

Sometimes, maybe they feel awkward with the changing and caring things. Hey, I don’t care if you telling me the same old things you tell me weeks ago, even simplest things. As long as I know you care, and you spend time with me.

And I don’t care if you have another agenda. I don’t like assuming. But if you want something good, give good things too. Don’t neglect your weakness and start blaming others. It keeps people away, because people will know the truth. Just reflect yourself. You can’t change others, but you can change yourself.

Every good thing needs sacrifices. You sacrifices, not let other scarify. Be patient to get what you want. Knowing you tried already win part of my heart.

I’m looking forward for your next move. Hope it will make some differences.

Rabu, 13 Mac 2013


    My birthday already past month ago. Yet i still got surprised birthday present. From my buddy! We are not really close though. But we always tease each other when we met. She always come to my room for no purpose.

    About birthday present. I used to joke her bout birthday present. I said, "I will never give you birthday present if you dont give me!" Then she will reply, "But my birthday in december last year, you should give me present first, if not, I will never give you present!" I never take it seriously.

Last night she came to my room, left this, and go without saying anything.

Surprised birthday present.

There are note inside that cylinder;

Surprised birthday present.

   I'm so surprised. I thought i'll never get the present. What she said in the note really moved me. I dont know we have that special connection. Now, i think this things will be my strength to live another 5month here. Get motivated here! haha.

Just piece bout me and how I'm gonna get thru this homesicking thing, and how wonderful friend I have!




Selasa, 22 Januari 2013




Inilah lakonan terakhir untuk subjek prancis. Lepas ini tiada sudah, seronok subjek ini. Suka cara sebut perkataan perancis. Lakonan sama setiap semester, lawat kawan sakit. 

Sabtu, 5 Januari 2013

Bermulanya kejadian tembak - menembak pagi tadi. Kejadian tuduh - menuduh. Itulah paper pastry. Haha!



Begitu la exam, sedih dan gembira itu bercampur baur. Yang gembira tidak perlu cakap la, yang sedih tu pasal soalan senang dan ringkas tapi tidak dapat jawap. Markah pun tinggi. Halamak!!




Duduk lama tersiksa, duduk sekejap, rasa tidak puas tatap jawapan. Rasa serba tidak cukup.

Selasa, 1 Januari 2013


Sedar tidak sedar. 2013 datang.  Rasa sekejap sangat.  Apa -  apa pun selamat tahun baru aku ucapkan kepada sekalian manusia yang kelendarnya sudah masuk tahun 2013.  Ucapan ikhlas dari Cakapbisa dan Hana.  Semoga tahun 2013 lebih bermakna.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 21 Disember 2012

          Akhirnya  berakhir sepenuhnya.  Buffet line untuk pastry dan dessert sudah selesai, Panna Cotta sudah selesai. Campur sana campur sini, lepas tu masuk peti sejuk. Selesai.


         Tidak terasa sebab habis sudah semester ini. Praktikal / latihan indusrti sikit, lepas itu sambung semester empat. Adoh! lamanya lagi graduate. Sabar la ba, begitu la kehidupan.

          Dalam kesibukan dua minggu ini aku mengharungi ombak test, badai assignment, ribut presentation. Blog terlupa seketika. Kepada yang baru follow tu. Aku minta maaf, busy berabis ba. Nanti ada masa aku follow kamu balik. Jangan risau blogger sekalian.


Ahad, 18 November 2012


Senjata Laser untuk hilang jerawat. Haha!



Suggestion:
Hana pernah try macam-macam produk hilang jerawat. Daripada semahal-mahal produk yang ada (sk-II) sampailah ubat yang doctor prescribe. Last resort doc kata kena inject la (selain laser treatment yg mahal tu), tapi side effect dia gigi kuning. So, taknak!


Then hana try Aiken sebab cousin hana pakai muka jadi lawa, haha. Product malaysia je pon. Murah sangat. So, ini la produk yang sesuai dengan kulit hana rupanya. Haha.

Sabtu, 17 November 2012


ok. Haritu, kawan hana minta tips hilangkan jerawat sebab dia baru dapat awek. Dia request, so hana nak share sikit. Hana pon punya masalah jerawat dulu, sekarang pon i guess. Jadi, ini ikot pengalaman hana la.

Tapi jangan risau masalah jerawat ini akan hilang meningkat usia. Tapi kalau tak jaga kebersihan, jadi jugak tua mcam mana pon. Tapi kalau tengah gatai bercinta tu, no comment la noh, perubahan hormon la tu.

Apa perlu buat:
  1. Rajin cuci muka. Jadikan habit.
  2. Asal muka rasa ada minyak or kotoran terus cuci
  3. Guna pencuci muka yang khas untuk hilangkan jerawat.
  4. Jangan sentuh muka.
  5. Jangan bagi rambut sentuh muka.
  6. Pakai cream hilang jerawat kat tempat jerawat.
  7. Sebolehnya guna oxy, t3, or aiken. Sebab mereka specializes dalam jerawat nih.
  8. Produk ini akan hilangkan minyak di muka.
  9. Tapi jangan bagi kering sangat. 
  10. Jadi pakai pelembap dari produk yang sama.
  11. Elakkan makan benda berminyak sepanjang tempoh tu.
  12. Elak makan kacang-kacang
  13. Elak pakai produk selain produk untuk hilang jerawat.
  14. Kurangkan tengok cermin. Takot rasa nak picit.
  15. Anggap lah jerawat ini simbol keremajan. aww!
  16. Minum banyak air. Tidur awal.
  17. Makan banyak buah-buahan. 
  18. Vitamin D dari matahari, waktu pagi je!



Ulcer mulut aka kawan hana panggil mata ikan aka adik hana panggil sakit mulut. Dah ada post pasal benda ni kan haritu. So, semua dah tahu kan sebab-sebab dan cara atasi dia kan? Lebih kurang sama je post yang ini.

Bagi orang yang normal-normal macam kita-kita ini, biasanya ulcer ini jadi sebab tergigit, terluka, cuaca panas dan sebab banyak sangat makan pedas dan jeruk. Oleh itu selagi boleh elak, kita elak.

Ye, betul, cara terpantas nak hilangkan mouth ulcer ini tak kira la pada bibir, gusi, atau lidah, caranya ialah dengan kumur dengan air garam. Sebab garam kan alkali. Tapi sakitnya saat itu, teramatlah. Sampai keluar air mata kawan hana cakap.

Hana tak pernah try sebab hana penakot. So, hana guna cara yang lebih sopan dan kurang kamikaze. Tak sakit pon, tapi kena rajin.

Bahan-bahan yang diperlukan:






Cara-cara:

  1. Kumur colgate plax selama yang mampu. (jangan kumur dengan air lepas tu)
  2. Guna cotton bud tu, sapu bonjela ke tempat ulcer tu. (tahan sikit sakit)
  3. Ulang setiap 2jam!!
Kali pertama je sakit sikit, bila dan ulang yang lepas dua jam tu rasa biasa jek. InsyaAllah cepat sembuh. Hana pernah try time taste bud tercabut. Haha!

Tips:
  1. Minum banyak air.
  2. Elak makanan berasid (masam, pedas), makanan panas.
  3. Makan jangan gelojoh <--- penyumbang terbesar ni.
  4. Tidur awal.
  5. Makan banyak buah.
  6. Amalkan rajin kumur colgate plax tu after this.
  7. Doa banyak-banyak.
Good Luck!



Rabu, 14 November 2012



Hampa hatiku 


Sekadar Gambar Hiasan

Buat pos awal pagi ni bukan pasal bangun awal tapi pasal tidak boleh tidur dan jam 8 ada kelas, lecture tiga jam. Harap tidak kecundang dalam dewan kuliah dengan air liur bercucuran. Jadi rutin berjalan seperti biasa, blogwalking sambil dengar lagu. Sekarang lagu Once - Hilang Naluri.  Mesti kamu orang tau kan. Yang "matilah kau" tu.

Jumaat, 9 November 2012


Moga Kita Diberikan Kekuatan

         Khamis depan adalah hari baru buat kita. Adakah kita sudah mencapai matlamat tahun lalu? Adakah kita telah membuat perubahan yang lebih baik dari masa lalu? Sebanarnya aku pun tiada matlamat. Setakat ni aku berusaha mau menjadi baik dengan mendalami sepenuhnya Rukun Islam dan Rukun Iman. Bila difikirkan semula, kenapa selama ini aku tidak punya matlamat spesifik dan kenapa aku tidak dapat jumpa sebab aku tidak punya matlamat. Jadi, aku mengambil keputusan untuk set matlamat untuk muharram ni. 

Khamis, 8 November 2012



     Gigit kuku ni perbuatan yang tidak manis dipandang dan tidak bagus diamalkan. Sebenarnya aku pun ada tabiat gigit kuku. Susah mau hilangkan tabiat ni bila sudah terbiasa, lepas gigit baru menyersal sebab kuku da rosak. Tambahan bila tidak sedar gigit kuku, lepas gigit baru sedar.

     Aku mula belajar gigit kuku ni sejak umur 4 tahun lagi, terbiasa sampai sekarang dan susah mau berhenti. Rasanya ada terapi khas untuk berhenti gigit kuku ka?


Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 5 November 2012


Hargai la hujan yang turun sebab bukan selalu kita dapat tidur petang dalam keadaan sejuk dan sentosa. Tapi ini pula masalah,  enak saja baring padahal asignment dan test menunggu -  nunggu sudah. 

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, 4 November 2012

Window and Rain.  Hujan ni buat jiwa sayu sikit.  Apatah lagi bila baru kecewa.  Haha!  Tingkap bas terbaik,  tv flat skrin terbaik untuk muhasabah diri,  layan perasaan,  mengimbau masa silam.  Sayu hati.  Sayu hatiku,  Char Quai Teow aku tawar. 

Published with Blogger-droid v2.0.9

Jumaat, 2 November 2012


      Saya rasa semua pernah alami perasaan ini. Saya tidak tahu pula kalau hantu tangga ni benar - benar wujud. Mengikut pengalamai saya, saya tidak lagi bersua mesra dengan apa - apa jenis hantu. 

      Masa kanak - kanak dahulu, tangga gelap. Seram naik bulu, macam - macam dalam fikiran. Terbayang gadis    rambut panjang, lembaga hitam merangkak + mata merah atau macam - macam lagi (mengikut citarasa atau kreativiti masing - masing). Tambahan, bukan sahaja tangga. Luar tingkap, bawah katil, tandas. Haha!

     Apa - apa pun, saya pun tidak tahu kenapa bila semakin dewasa perasaan takut itu kian hilang. Semua itu cuma kenangan dan bila diingat kembali, kreatif juga saya semasa kecil.

Rabu, 31 Oktober 2012


Kepada si bijak pintar yang ingin menyumbang kelebihan anda pada agama bangsa dan negara, dialu-alukan untuk join bidang perubatan.

Tapi jangan excited sangat. Jangan ingat nak jadi doktor sebab glamer dengan duit. Kalau itu tujuan utama join bidang ni, eloklah kalau pilih bidang lain yang lagi glamer.

Jadi la model victoria secret ke, president usa ke, kan glamer dah kaya tu.

Sebab apa hana cakap macam tu? Ini lah realiti sebenar pelajar perubatan.


Jadi fikir masak-masak ye sebelum terjun bidang ini. Masuk apa-apa bidang pon biarlah ikhlas dan meminati bidang tersebut. Minat boleh diajar dan dididik.




Selasa, 30 Oktober 2012

Petang



Malam

Nah.  ni la setianya.  Maklumlah orang bermukim di Penang.  Bila datang Selangor,  rasa mau jelajah semua tempat.  Haha! 

Dan inilah dia Setia City Mall.  Datang sini pun bukan ada beli apa -  apa.  Sekadar mau hilangkan bosan dirumah. Sebenarnya tiada duit.  Haha!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 29 Oktober 2012

Teruja tengok akuarium ni.  Hajat di hati mau la ada satu macam ni dalam rumah.  Cantik,  dengan ikan berwarna - warni. Rumpai air hidup yang menghijau.  Haha!  Teringin? Rumah pun tiada,  bermimpi mau ada akuarium.  Tidak apa,  yang penting ada impian.

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.