Saya rasa semua pernah alami perasaan ini. Saya tidak tahu pula kalau hantu tangga ni benar - benar wujud. Mengikut pengalamai saya, saya tidak lagi bersua mesra dengan apa - apa jenis hantu.
Masa kanak - kanak dahulu, tangga gelap. Seram naik bulu, macam - macam dalam fikiran. Terbayang gadis rambut panjang, lembaga hitam merangkak + mata merah atau macam - macam lagi (mengikut citarasa atau kreativiti masing - masing). Tambahan, bukan sahaja tangga. Luar tingkap, bawah katil, tandas. Haha!
Apa - apa pun, saya pun tidak tahu kenapa bila semakin dewasa perasaan takut itu kian hilang. Semua itu cuma kenangan dan bila diingat kembali, kreatif juga saya semasa kecil.
2 ulasan:
percaya pada hnatu tak?
Percaya.. chrissy?
Catat Ulasan