Ahad, 21 Oktober 2012

[motivasi] Jangan Takot Gemuk

Tiada ulasan:
 
hai, morning angel!

Hey princess! Kalau awak rasa awak gemok, jangan hilang confident. Hana pon pernah gemok jugak.

Hana tau bila kite rasa gemok, malu-malu je nak cakap dengan lelaki. Kalau dengan kawan-kawan perempuan pon, bila nak amik gambar kite tak nak join kan?? .. sebab kite takot kite nampak paling hodoh.

Jangan rasa teruk sangat bila kite ni merasakan diri ini size XXL. Sebenarnya kebanyakan perempuan ini selalu rasa dia gemok, padahal orang keliling dia rasa biasa je.

um, ok, Hana dulu pon macam tu. Dulu kalau berat 53kg tu dah rasa macam giant sangat dah. Tak mau makan. Mula rasa down. Introvert. Bila orang cakap sal berat mula la tipu-tipu kata "51kg dah". (jangan tiru aksi ini, sesungguhnya menipu itu tetap dosa!)

Sekali sakit and on medication, berat teros naik ke 65kg, amikkaw!! hahaha. Tapi alhamdulillah takde adik-beradik yg kutuk hana gemok sbb hana tengah sakit time tu. hehe. Tapi dah sihat pon berat tak turun gak. Tetap malu bila orang ajak bergambar. Kerna ku tahu ku gemok.

Oleh kerana adik beradik dan perlu jugak amik gambar raya ngan family, terpaksa la merelakan diri ini ada dalam gambar tu. Malu sangat!

Jangan kata kite tak ada usaha nak kurus! .. tapi memang takde pon. kikiki. Sbb hana tak boleh exercise. Tak boleh berjogging pon. So, cara lain nak kurus adalah berdiet. Walaubagaimanapun, hana punya nafsu makan lain sikit, besar, tak boleh hold-hold. hahaha. Oleh kerana dah putus asa, makan jek segala-gala. hahahaha.

Tapi lama kelamaan dah biasa dah tergolong dalam kategori gemok ni. Dah lali. Makan pon sentiasa je lalu.

Nak dijadikan cerita, elok je Hana start sambung belajar dalam course yang orang cakap dasat ni, dalam 6bulan hana turun 8kg. Bukan kerana diet!! sebabnya?? .. masih lagi misteri. Selera tetap besar gak.

Then bila hana tengok balik picture hana enam bulan sebelum tu yang time hana gemok giler-giler tu, hana ketawa jek. Gelak bergoleng-goleng. Haha. Bukan gelakkan pada orang gemok, tapi, hana cakap kat diri hana:

"Ala, bukan teruk sangat jadi gemok ni, manusia gak, kita yang tentukan kita nak happy atau tak. Kenapa masa gemok nak tension-tension, nak rasa down?? Pilih la untuk happy. Jangan fikirkan sangat apa yang orang nak cakap kat kite. Orang happy, kite jek yang fikir bukan-bukan dan stress sorang-sorang!"

Lagi satu, perlu ke diet yang tak betol tu, sampai skip waktu makan?? Tu lagi menggemokkan. Nak kurus? Nah sikit tips hana bagi!

hihi, jangan rasa down hana. Nanti kurus jugak. Tapi kalau gemok tak ada penyakit, orait je.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.