Jumaat, 19 Oktober 2012

Aku takot komitmen

Tiada ulasan:
 


Monolog:

Aku takot komitmen. Tak kira lah komitmen terhadap apa pon. Komitmen terhadap kekasih, janji, rakan sebilik, rakan sekelas, assignment, jawatan-jawatan penting, haiwan peliharaan, dan juga harta benda. Aku takot aku tidak dapat membahagi kasih seadil-adil nya.

Kelemahan aku. Sekali aku bagi komitmen, aku akan memberi sepenuhnya. Bila aku memberi komitmen aku rela bersusah payah, berkorban. Tapi the more we care the more we hurt.

Memang la orang cakap dalam hubungan tak pasti ni, jangan bagi 100%, jangan percaya 100%, jangan berharap 100%. Aku pon selalu nasihat orang. Aku pon tak pernah mengaku aku bagi 100%. Tapi hakikatnya hati ini je tahu. Bila kita sedar kita bagi 100%?? Bila kita terluka sangat bila diluka.

Apa lagi sebab aku takot komitmen?

  1. Tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya 
  2. Tidak dapat bagi yang terbaik 
  3.  Tidak cukup baik kah aku sampai ada yang luka kan hati ini? 
  4. Tidak cukup kuat pabila dilukakan 
  5. Takot dilukakan 
  6. Takot sedih 
  7. Takot tidak dapat tepati janji dengan sepenuhnya 
  8. Tidak memenuhi expectation pihak kedua


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.