Setiap orang buat silap. Oleh itu, lebih baik kite bersedia, supaya takkan berlaku apa-apa yang tidak diingini. Jom sedia kan diri ke pasar!!
- Jangan pakai baju glamer-glamer. Tracksuit digalakkan. Takot basah kena air di lantai.
- Sediakan icebox/besen bagi sesiapa yang pergi dengan kereta.
- Sediakan duit secukupnya. Sebolehnya duit kecil.
- Sediakan list barang yg nak beli. Termasuk jenis-jenis ikan, udang, bla bla bla..
- Kenalpasti kedai yang bersih dan halal.
- Kenalpasti haiwan/tumbuhan yg nak beli tu. Tanya la uncle or aunty jaga kedai tu.
- Tanya harga. Pastikan harga tersebut dgn tanya buat kali kedua.
- Agak-agak mahal, bargain la. Act macam dah biasa beli dengan harga lagi murah. Muka kena confident.
- Kalau dia ketegaq (degil) gak, p tanya kat kedai lain pulak. Cam tak besa shopping lak!
- Kalau tak kurang gak harga, tapi kualiti haiwan/tumbuhan tu good, setakat singgit je pon takkan nak berkira kan?
- Suruh dia bersihkan haiwan tu dulu. suruh dia buang organ-organ yang tak diperlukan. Termasuk lemak pada daging kalau tak mau. Tak perlu buat lagi kat rumah nanti. Haiwan tu pon takkan cepat busuk.
- Mintak carry bag plastik lebih. Takot bocor air-air haiwan tu nanti.
- Bayar lepas dapat haiwan!
- Duit balance tu jangan la geli-geli nak ambil. Jangan la rasa jijik sangat. Duit yang dalam poket kita sekarang ini pon kita tak tau source dia dari mana kan. hahaha
- Sampai rumah, terus letak haiwan tu dalam fridge. Basuh tumbuhan-tumbuhan.
p/s: banyakkan tumbuhan dan buah-buahan.
Hana buat mistakes yang sangat besar sebab tak tanya harga dua kali. sekali kena bayar harga 3 kali ganda! and i'm really bad in finance! -.-"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan