Jumaat, 19 Oktober 2012

Cinta Antarabangsa

Tiada ulasan:
 

"Lelaki soleh digalakkan mengahwini wanita tak solehah. Tapi wanita solehah tak digalakkan kahwin lelaki yang tak soleh."
Ape kaitan tu?

Baiklah. Ini sekadar pendapat hana. Bagi hana, bila nak berkahwin atau berpasangan biarlah pasangan itu yang elok. Lebih-lebih lagi bagi yang perempuan la.

Ayat kat atas tu pon dah tunjukkan bahawa perempuan memang sangat mudah terpengaruh dengan cara dan pujukan lelaki. ceewahh! ok, ayat sopan nye, suami acuan peribadi isteri.

Ini bukan post racist! Cuma bagi perempuan seeloknya cari lah lelaki yang bagus agamanya. Bukan bermaksud tidak boleh kahwin dengan lelaki yang beragama lain. Tetapi jika kita bawa seseorang itu ke agama kita, jadi lah contoh terbaik, role model kepada keluarga dia.

Jika ingin bercinta dan berkasih dengan lelaki yang berbangsa dan beragama lain cuba buat checklist ini dulu:

  1. Dia masih amalkan cara hidup sosialnya yang tidak tahu halal dan haram.
  2. Mungkin masih ambil arak, judi, random sex.
  3. Keluarganya mengamalkan agama mereka dengan taksub. (alim)
  4. Perlu tegas dalam hukum agama kita.
  5. Dia mungkin tak faham. Perlu bersabar.
  6. Jangan putus asa kenalkan dia pada Islam.
  7. Tunjukkan Islam itu mudah dan penuh hikmah.
  8. Jangan malu tutup aurat bila keluar dengan dia. Dia akan hormat kita.
  9. Beritahu dia Islam itu sendiri kasih sayang.
  10. Beritahu dia beza Melayu dan Islam.
  11. Dia mungkin anggap kita ini kolot.
  12. Jika dia tidak hormat agama kite, tinggalkan saja. Tak rugi. Cuma menyelamatkan diri dari dosa.
  13. Kenalkan dia dengan nilai-nilai baik je.
  14. Lagi best kalau dia boleh dengar kite story tentang agama kita. Sirah ke.
  15. Kalau dah kahwin keluarga nya mungkin nak anak kita anut agama mereka.
  16. Kenalkan makanan haram dan halal. Kenapa haram kenapa halal.
  17. Kalau dia seorang yang gentleman, open minded, tidak keras hati, itu satu bonus.

Apa-apa pon, antara prinsip hana, jangan kite terlampau berharap kita boleh ubah orang. Sebab kita takkan ada kuasa mengubah seseorang melainkan dia yang nak berubah. Maybe kita boleh bagi hint or trigger je la.

Sama la dengan merokok. Kalau diri itu taknak stop, takkan stop punya lah.

Bukan tak boleh dating dengan lain agama ni, digalakkan bagi yang mampu, kalau tak, lupa kan. Tanggungjawab tu besar. So, reconsider those things ok! ^_^

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.