Ahad, 7 April 2013

Lagi Projek IC Sabah

Tiada ulasan:
 

Lagi Projek IC Sabah

SAYA berfikir bahawa tidak keterlaluan jika kita berkongsi maklumat seperti ini. Kepada Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Keningau, sila jelaskan perkara ini kepada Orang Asal Sabah berhubung mudahnya rakyat asing memiliki MyKad Malaysia sekalipun bukan dizaman IC Projek.

Kepada Orang Asal Sabah, masih relevenkah kita mempercayai Jabatan Pendaftaran Negara atau masih relevenkah kita terus memberi mandat kepada UMNO-BN untuk membela masa depan rakyat Sabah?
Sila perhatikan betul-betul setiap yang ditandakan (bulatan merah) dalam objek di atas. Bapa pemilik MYKAD ini adalah warga Filipina manakala ibunya pula tidak ditentukan kewarganegaraannya.

Malangnya, JPN mendaftarkan kelahiran pemilik MYKAD ini pada 14 February 2008 (hari kekasih-kemungkinan pegawai JPN yang mengendalikan pendaftaran ini sedang dilamun cinta hingga tidak tahu membezakan yang salah atau betul).

Dikatakan bahawa pemilik MYKAD ini telahpun mendapat MYKAD beliau pada bulan yang lepas bersamaan Tragedi Pencerobohan Pengganas di Tanduo, Lahad Datu. Di mana sebenarnya INTEGRITI Penjawat Awam dan Pemimpin kita?

Salam Ini kalilah!

ANDY MAJAHAP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.