Cepat, pantas dan tangkas. Ini tips blogging yang aku akan kongsikan kepada pembaca sekalian. Aku baru terbaca pasal ni jadi eloklah aku kongsikan sedikit ilmu ini.
Sekadar gambar hiasan |
Jadi caranya ada enam. Mau buat pos cepat dan pantas ialah:
1. Ketepikan Semua Gangguan - Ketepikan segala bentuk gangguan seperti Facebook, twitter dan sebagainya. Ini semua kita tau kan, bila belajar pun kita kena fokus. Tapi aku pun jenis cepat terganggu juga, baru taip sikit sudah rasa mau rehat. Lepas tu makan, tengok gambar kucing di Facebook. Bila sudah penat melaghakan diri baru sedar rupanya ada benda yang lebih penting. Jadi, fokus dan jangan mudah terganggu.
2. Sediakan Topik - Topik adalah idea utama. Jadi bila ada idea senang mau taip sebab kita tau objektif kita. Kita juga terpandu bila ada objektif, tidaklah terkial - kial, terpinga - pinga memikirkan apa yang hendak kita taip. Gunakan masa - masa terbiar kita untuk memikirkan topik yang kita ingin tulis contohnya masa tunggu bas, masa mandi atau masa - masa terbiar yang lain.
3. Gunakan Video, Gambar atau Quote - Ini memudahkan kita untuk menghuraikan idea. Sumber seperti ini juga akan memudahkan untuk menyampaikan idea yang sukar untuk kita huraikan dengan kata - kata. Ada masanya kita kering idea, jadi gunakanlah sumber - sumber ini untuk mengembangkan idea anda.
4. Tulis Dahulu dan Edit Kemudian - Ini seperti yang kita belajar dalam penulisan intelektual. outline, draft and final essay. Jangan buat sikit lepas tu edit, buat sikit lepas tu edit. Banyak kerja, lebih baik taip dulu apa yang patut lepas tu edit. Buat draft dulu baru edit.
5. Penulis Jemputan - Kita boleh buat satu segmen khusus kepada pembaca untuk menyumbangkan artikel/pos dalam blog kita sebagai contoh kita mengundang penulis jemputan untuk menulis dalam blog kita dan kredit atas nama mereka. Kita boleh juga melawat website MyBlogGuest, ia adalah web yang untuk mencari artikel berkenaan niche kita.
6. Penulis Hantu - Kita boleh membayar orang untuk menaip untuk kita. Kita ambil artikel mereka dan pos dibawah nama kita. Contohnya web Elance.
Akhir kata - inilah sedikit ilmu yang dapat aku kongsikan. Sila tunjuk ajar.
2 ulasan:
Sy selalunya reka tajuk sebelum tidur. Then simpan tajuk dalam phone.
Lepas bangun tidur, update lah topik2 yang dh brainwash semalam tu ;)
Tp selalunya on the spot ja hentam ja apa nak tulis ^^, hihi
Catat Ulasan