Ahad, 11 November 2012

Tips Elak Gigit Kuku dan Ulasan

3 ulasan:
 



1. Pakai kuku palsu.
    Kuku palsu?? Emm.. Idea yang baik tapi aku mana pandai pakai kuku palsu. Cara pakai pun aku tidak tau.

2. Kunyah gula - gula getah. Yang ni, mau ada testimoni. Aku kunyah gula - gula getah tetap gigit kuku jugak.

3.Sokongan rakan - rakan. Saya yakin ini tidak akan berjaya. 

4. Terapi kurangkan stress. Memang ada juga sumber mangatakan bahawa orang gigit kuku sebab stress. Tapi kalau aku pengigit kuku tegar ini macam mana? Hehe.. Sedar - sedar kuku sudah rosak. 

5. Jaga penampilan. Untuk saya, ini tidak membantu kerana tips ke - 5 ini lebih kepada gadis dan sesetengah lelaki yang dipanggil metroseksual. Saya juga menjaga penampilan, tapi tabiat mengigit mengatasi kekuatan diri untuk menjaga penampilan khususnya  menjaga kuku. 

6. Jaga kuku dengan rapi. Terapi apa? Medi & Pedi? Duit takda. Lepas tu tiba - tiba "kondem" perokok ni kenapa? Aku bekas perokok. Ketagih lain cerita, anda tidak pernah terjebak jadi diam - diam. So, fokus la kepada kuku. 

7. Sapukan gel penghalang. Saya tidak faham. So, next.

8. Cari hobi baru. Saya mau pembuktian. Adakah kaedah ini berjaya. 

9. Cari punca tabiat gigit kuku. Saya rasa ini idea yang baik. Saya akan cuba. Tapi dengan mengenalpasti punca tidak semestinya masalah dapat diselesaikan.

10. Dapatkan nasihat pakar. Idea yang baik tapi duit lagi. Kalau tidak pun, mau cari pakar dimana? 

         Pengakhiran, saya perlukan tips yang lagi menyakin saya. Maaf kepada tuan blog, saya bukan mau menjatuhkan anda, tapi saya betul - betul perlukan tips untuk menahan diri dari mengigit kuku. Kepada pembaca, untuk tips asal. Sila ke url dia atas untuk keterangan lanjut. 

3 ulasan:

nurhuda berkata...

haha ! mase nak gigit tu , buuat2 bizi :)

meesrting berkata...

hehehee... kadang2.. time busy 2 boleh jugak gigit...

Hana berkata...

Letak vaseline kat kuku.. Kuku nampak cantik, gigit pon tak boleh..aww!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.