Dan seterusnya adalah garam pelbagai fungsi. Saya ambil dari blog http://sazahaiza-resepi.blogspot.com/.
MENJERANG AIR
-Sedikit garam yang dicampurkan ke dalam air yang dijerang boleh meningkatkan suhunya, sekali gus mengurangkan masa memasak.
MENGUPAS TELUR
-Telur yang direbus dalam air garam memudahkan proses mengupas kulitnya.
MENGUJI KESEGARAN TELUR
-Masukkan telur ke dalam air yang campur dengan sudu teh garam. Telur yang segar akan tenggelam, manakala telur yang lama akan terapung.
MEMBERSIH SAYUR BAYAM
-Jika sayur bayam dibasuh dengan garam, ia tidak perlu dibalas.
MENYIMPAN SUSU SEGAR
-Susu segar dapat bertahan lama dengan secubit garam yang dimasukkan ke dalamnya.
MEMBERSIHKAN KOTORAN PADA CAWAN-Dengan menggosokkan garam, kotoran kopi atau teh yang degil dapat ditinggalkan.
MERANGUPKAN SALAD
-Salad yang digaramkan sejurus sebelum dihidangkan mempunyai rasa yang rangup.
MENGHILANGKAN BAU BAWANG PADA TANGAN
-Gosokkan tangan dengan garam yang dicampurkan dengan cuka bagi menghilangkan bau bawang pada tangan.
MENCEGAH WARNA BUAH BERUBAH
-Buah epal, pir dan kentang yang dimasukkan ke dalam air yang sejuk dan mengandungi sedikit garam dapat mengembalikan warna asal buah selepas dikupas.
MENGATASI MASALAH SUP MASIN
-Jika sup yang dimasak terlebih garam, masukkan kentang ke dalamnya untuk menyerap rasa masin tersebut.
2 ulasan:
oooo..baru tahu..good info
hehehe.. aku pn baru tau.. hehehe
Catat Ulasan