Isnin, 15 Oktober 2012

[story] Sayang, maaf mu boleh dibeli.

2 ulasan:
 
kalau ada yang tengah conflict dalam hubungan itu, try baca kejap story ni. rasanya ada yang pernah terbaca or terdengar dah orang story pasal ini. Tapi kalau tak pernah, jom baca, mana tau keruh konflik perhubungan tu boleh reda sket.

ini adalah kisah maaf.


-----------------------------------------------------------
Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu. 

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. 

Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

 Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?" 

Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf." Mudah. 

Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam. Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan. 

Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang. "Pinjam phone awak, sayang." "Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya. 

Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang. Si isteri terdiam. Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya. "Maafkan saya." Dia bersuara. Si isteri masih tergamam. 

Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak. 

"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya. 

"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang. Lelaki itu sekadar tersenyum. 

"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?" Diam. 

"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?" Diam. Air mata mula mengalir. 

"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?" Dan air mata itu mengalir deras. 

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan." 

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. 

"Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya." Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata. 

Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan: "Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


(walaweh, romantik!!)

ha, panjang pulak story ni. pape pon, sorry bukan boleh hapuskan segala kesalahan kita, tapi sorry yang iklas mampu mengubah hati dan pandangan seseorang pada kita.

ikhlas lah meminta maaf.


2 ulasan:

Anne Nurain berkata...

wahh romantik nya la.. ailaikk dis story.. hihi.. ada pengajaran yg bermakna..

hana berkata...

aww! .. masih ada lagi lelaki seromantik tu .. doa la banyak2 supaya dapat this guy!

romantik gentle and tegas dalam mendidik wifey! <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.