Khamis, 17 Januari 2013

Faktor Utama Tidak Kahwin: Male vs Female

1 ulasan:
 
Klik Gambar Kalau Mau Lagi Jelas
     Gambar ini aku dapat dari http://www.kisahemasputih.com/. Tertarik untuk berkongsi fakta dan pendapat dengan pembaca. Aku tidak pasti lingkungan umur bagi peratusan diatas. Kurang perincian berkenan hasil kajian faktor diatas. Mau lebih lanjut, lawat kisah emas putih. 

Faktor Paling Besar Lelaki, DUIT (44.7%)

     Memang masalah ba ni. Termasuk la aku juga. Tiada duit, belum lagi ada pendapat sendiri. Kahwin awal pun tiada guna, belanja kawin bapa mama bayar tapi siapa mau kasi makan kalau tiada kerja atau pendapatan. Keinginan mau kahwin itu memang la ba ada, tapi masih ada yang lebih penting untuk aku buat. Perjuangan mengejar cita - cita belum lagi selesai dan tiada duit. Belanja kahwin sekarang makin mahal, walimatul urus dua tiga lauk pun makan belanja besar sudah. Kalau pihak perempuan mau sanding pelamin lawa, tambah duit lagi. Tapi tidak apa la ba kan, sanding sekali saja seumur hidup. Kenangan sampai mati. 

Faktor Paling Besar Wanita, TIADA CALON SESUAI (40%)

     Aku tidak tahu apa alasan pihak perempuan. Kenapa tiada? Mungkin perempuan ini ramai sudah berpelajaran, lepas itu tidak mau la laki gaji rendah. Atau dorang rasa dorang cantik, jadi dorg mesti dapat yang hensem. Atau dorang mau lelaki yang boleh membimbing mereka menjadi isteri baik. Atau semua diatas. 


Yang Pelik, (SELESA HIDUP MEMBUJANG)

    Lelaki tiada?? Tiada lelaki yang selesa hidup membujang?? Sebenarnya aku pun tidak mau hidup bujang, bagus - bagus boleh kawin, jadi tidak mahu kawin. Mungkin wanita ada sebab tersendiri, mungkin rasa tidak perlu bergantung pada lelaki, lesbian, kecewa teramat sangat, tidak mau beranak, kerjaya atau lain - lain lagi.


1 ulasan:

Unknown berkata...

haha betul tu bro...faktor kewangan adalah yg paling kritikal bg lelaki kalau nak kawen ni...

tapi utk perempuan tu mcm kelakar pun ada jugak....nak cari pasangan ideal sampai ke tua la diorg tak kawen...kalau boleh diorg nak lelaki yg muka mcm aaron aziz...aduh...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.