Sesiapa pun akan pernah rasa tertekan/stress dalam bahasa inggeris. Bila semakin dewasa, makin banyak tanggungjawab yang dipikul. Masalah yang pelbagai menerpa kita membuatkan kita rasa terbelenggu oleh kesusahan dan perasaan jadi tidak menentu.
Jadi hari ini mari kita lihat dan baca sedikit ilmu sains berkenaan hormon yang boleh membuat kita gembira.
Endorphin
Buat kita gembira dan tenang. Endorphin juga mengurangkan rasa bimbang dan sensitiviti pada rasa sakit. Hormon ini dirembeskan sewaktu bersenam.
Phenylethamine
Phenylethamine adalah hormon cinta. Hormon yang memberi kita rasa bahagia ketika peringkat awal percintaan. Koko ada hormon ini dan ia memberikan impak yang sama pada perasaan kita.
Serotonin
Hormon yang mengurangkan stress dan membuatkan kita rasa gembira. Hormon ini dipanggil hormon kegembiraan. Hormon dirembeskan bila terdedah kepada cahaya matahari, makan makanan yang kaya dengan karbohidrat dan bersenam.
Ghrelin
Mengurangkan rasa stress dan membuat kita rasa relax. Hormon ini dirembeskan sewaktu kita rasa lapar. Jangan makan terlalu banyak kerana bila terlalu kenyang, pengeluaran hormon ini direncatkan oleh sistem badan.
Ini adalah antara hormon yang boleh mengurangkan stress dan membuatkan kita rasa gembira. Ini semua adalah saintifik dan fizikal. Apa yang kita boleh lihat disini ialah hormon ini dirembeskan kebanyakanya waktu bersenam dan makan. Jadi, makan perlu dijaga dan bila rasa stress dan pergilah bersenam.
Pengakhiran, share dan sama - sama amalkan. Satu idea, jika cokelat ada hormon cinta. Saya rasa bagus juga guna cokelat masa mau memikat gadis atau memujuk pasangan yyang merajuk. Haha!
2knowmyself.com
1 ulasan:
Good info! thanks terjah my blog!=)
Catat Ulasan