Mangsa adalah gadis berumur 15 tahun. Dipercayai telah dirogol oleh lima
orang pekerja kedai perabot yang berasal dari Pakistan. Mangsa ditemui pada jam 1 petang (26.11.2012). Laporan
polis telah dibuat pada hari yang sama. Suspek berjaya ditangkap sewaktu suspek
cuba mengembalikan MyKad mangsa.
Kejadian berlaku pada pagi kelmarin yang
mana mangsa dikatakan keluar bersama kakak dan sepupunya mencari kerja kosong
di pekan Gosyen, Kota Marudu. Mangsa
singgah sebentar ke kedai perabot kerana beliau berhajat untuk membeli almari.
Mangsa dibawa ke tingkat atas oleh pekerja kedai perabot terbabit kerana
dikatakan bahawa almari yang lebih cantik ada di tingkat atas kedai. Kakak dan
sepupu mangsa meninggalkan mangsa seorang diri di kedai tersebut kerana kakak
dan sepupunya pergi mencari kerja kosong di kedai lain. Beberapa jam kemudian
mereka menyedari bahawa mangsa tidak dapat ditemui lalu mereka mengambil
keputusan untuk membuat laporan polis. Mangsa dijumpai di lokasi simpang tiga
depan jalan menghala ke SK Ranau - Jabatan Perhutanan Daerah Kota Marudu. Mangsa
kemudiannya ditemui dengan keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang
hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari
terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok.
Melalui laporan bedah siasat, doktor mengesahkan
mangsa telah dirogol berkali-kali dan lebih dari seorang yang merogolnya. Menurut saksi, mangsa telah dihumban keluar
dari sebuah lori yang
disyaki milik kedai perabot terbabit.
Sumber daripada individu yang boleh dipercayai. Saya berasa amat
sedih, terkilan dan sakit hati dengan kejadian ini. Saya menyeru kepada
kerajaan negeri dan persekutuan untuk menghadkan kemasukan warga asing khususnya
dari Pakistan. Pernyataan yang mengatakan bahawa “warga asing tidak mengugat
keselamatan” adalah amat tidak rasional dan tidak boleh dipercayai sama sekali.
Buktinya sudah jelas dengan kejadian ini dan banyak lagi kes-kes lain yang melibatkan
warga asing. Saya tidak mengatakan semua orang asing itu jahat dan kejam, jauh
sekali penjenayah namun hakikatnya kemasukan mereka sedikit-sebanyak telah
membawa kesan buruk dari segi keselamatan.
Akhir nasihat beliau, kepada para gadis di luar sana, berhati- hatilah
selalu tidak kira siang atau malam.
Update: Nama mangsa ialah Bellarian G.Asin @ Norikoh.
1 ulasan:
Kesian betul :-(
Catat Ulasan