Khamis, 11 Oktober 2012

Nilai Buah Pinggang

Tiada ulasan:
 
Hari ini, baru terbaca tentang satu isu yang menarik untuk difikirkan. Buah pinggang, kita tahu dia sepasang. Rupa seperti kacang tapi tak tau kacang apa, kacang kuda mungkin. Haha!

Apakah ianya bernilai bagi kamu? kalau bagi aku, tidak ternilai harganya. Mahal harganya. Kalau tiada ginjal, alamat kencing sirap la aku. Haha! 

Jadi ceritanya bermula.... Seorang lelaki menawarkan untuk menjual buah pinggangnya (RM50K) untuk bayar hutang along. Hutang dia tidak banyak pun, RM5K sahaja. Dia cakap itu baki bikin dia buka bisnes. Dia berhutang sebab dia main judi lepas tu rugi. Bila rugi dia pun pinjam la duit along. Anak bini dia lari dari dia begitu juga kawan - kawan dia. 

Tindakan ini sebenarnya terlarang di negara kita dan tiada satu orang pun doktor yang mau berkerjasama dengan lelaki ini. Kalau dia mau buat di luar negara, kemungkinan kedua - dua biji buah pinggangnya atau organ lain akan diambil. Bahaya sungguh.

Pengakhiran, jangan main judi, jangan pinjam duit dengan along, jangan jual buah pinggang sebab kita tidak tahu apa kesan lepas tu, jadikan ini sebagai iktibar untuk kita. Muhasabah diri dan tanya diri kita, Allah mau bagi kita nampak setiap apa yang berlaku tu ada sebab dan Allah mau kita berfikir. Jangan pandang hina kepada dia, dia buat sebab terdesak. Yang penting fikir dan sentiasa berpandukan agama, bila susah minta doa kepada Allah dan berusaha. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.