Ahad, 7 Oktober 2012

20 Cara Bahagia Bersama Roommate

Tiada ulasan:
 

Best tak berkongsi hidup dengan insan bergelar rommate ni?

Mesti la syok! dapat pulak yang sekepala, yang sama - sama  boleh buat bising, yang tak berkira sangat, yang boleh kejut solat, yang jaga makan minum kita, yang boleh tolong buat assignment, yang boleh bagi pinjam duit. bla, bla, bla. Kalau Hana cakap ciri-ciri roomate terbaik tak gerak ke mana la hari ini. nantilah Hana buat post roommate the best ok!






       Kalau dapat yang tak terbaik macam mana pulak? Hah.. nanti dulu. tak kenal maka tak cinta. Feewitt! haha. baru sebulan kenal kan? kenal - kenal dulu. so, macam mana nak 'adapt' dengan orang baru ni?



  1. Optimis! (anggap segala dia buat tu baik)
  2. Bagi peluang, masa, dan ruang untuk si dia masuk dalam diri kita
  3. Beranikan diri jugak masuk dalam hidup dia
  4. Tolak ansur (ini la adat berkongsi hidup)
  5. Jangan cari buruk dia sahaja (kita ni pon ada buruknya juga)
  6. Jangan jadi terlalu sensitif. (dia tak kenal lagi tu)
  7. 'be ignorant'. andai dia suka juga menyakitkan hati, cuba buat tak tau
  8. Luaskan pergaulan. Jangan 24/7 dengan dia saja
  9. Luahkan rasa tak selesa tu dengan berhemah. Jangan bagi dia rasa malu atau mencabar ego dia
  10. Tegur dengan cara baik kalau rasa dia dah buat salah. Tegas dan penuh kasih sayang. haha!!
  11. Jangan kedekut sangat tapi jangan pemurah sangat.
  12. Sharing is caring. 
  13. Sila jadi roomate terbaik kalau nak dapat roomate terbaik
  14. Hormat harta dia dan juga pendapat dia
  15. Jangan malu tuntut hak kita
  16. Kalau waktu belajar atau dia tengah gayut dengan mummy dia, sila senyap!
  17. Jangan asyik fikir nak roomate lain
  18. Jangan mengumpat dia. Lama - lama dia akan tahu juga
  19. Manipulasi dia supaya enjoy buat perkara yang kita enjoy, tak suka benda yg kita tak suka.
  20. Surprise dinner. Amikkaw!

Apa-apa pun, penerimaan tu penting. Bila hidup bersama, buruk baik kita pun nanti dia akan tahu. Dia pun dalam proses menerima kita. Jadi sila fahami dia and 'enjoy the show!', kongsi hidup dengan kawan ini bukan selalu. Bila dah kahwin nanti kena kongsi hidup dengan laki/bini + anak - anak lagi.

Percayalah, awal - awal ini memang rasa tak syok dengan dia. Mana tau jadi bestfriend nanti baru tau! haha!!

Pengakhiran, terima dia seadanya.







  

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.