Selasa, 23 Oktober 2012

10 Ciri Orang Yang Terlampau Teratur

Tiada ulasan:
 


Pernah jumpa tak orang yang kita nampak teratur, tersusun, semua benda nak berplan dan bersistematik. Atau dalam bahasa omputih nye ‘Extremely Well-Organized Person’??

Kawan hana cakap hana macam tu. Cuak jugak. Takot pulak benda ni sejenis OCD (obsessive compulsive disorder). so, hana buat la sikit baca-baca.

Tapi jangan risau, ini bukan jenis disorder. Ia cuma sejenis sikap seseorang. Tapi jangan salah bezakan orang yang macam ini dengan perfectionist. Mereka bukan perfectionist, mereka lebih teratur dari orang lain.

Cuma mereka ikot beberapa prinsip dalam hidup mereka iaitu:

  1. Takkan beli benda yang tak penting walaupun harga murah sebab nanti dia fikir nak letak mana barang tu, buat semak jek!
  2. Efisyen. Memberikan usaha yang maximum bagi tugasan atau perkara yang paling penting. Perkara yang kurang penting buat sekadar cukup makan jek.
  3. Mengelaskan barang-barang (surat, pakaian, makanan, perabot, dan segala-galanya) mengikut kategori dan kepentingan. Sebolehnya tidak berselerak.
  4. Mempunyai jadual sesi untuk membuang barang yang tak penting, menyusun dan mengelaskan barang-barang.
  5. Tidak membuang masa untuk mencari sesuatu yang terbaik secara obsess. Cukup la dengan perkara yang sekurang-kurangnya boleh digunakan. Gunakan dengan efektif.
  6. Mempunyai zon barang yang dia tak sempat nak uruskan. Supaya next time tak perlu tercari-cari.
  7. Tidak kisah menanggung malu untuk meminta pertolongan. Kalau dirasakan dia tak mampu uruskan sesuatu.
  8. Boleh bezakan antara emosi dan kepentingan. Berani membuang barang yang mempunyi nilai-nilai emosi kerana barang itu tidak lagi penting.
  9. Pandang ke hadapan dan cuba elak dari masalah. Sentiasa sediakan payung sebelum hujan.
  10. Teliti. Tahu di mana mahu menderma barang yang tidak diperlukan dan tahu di mana perlu susun setiap barang walaupun sebelum barang tu wujud.


Btw, barang yang disebut di atas ini bukan literally objek sahaja. Termasuklah perasaan, masalah, tugasan, merancang sesuatu perjalanan mahupun cara berfikir.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.