Rabu, 16 Oktober 2013

BELURAN - Seorang bayi lelaki berusia dua minggu mati disyaki dipukul oleh bapanya di rumah kongsi pekerja ladang kelapa sawit di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun rakyat Indonesia itu turut mencederakan isterinya berusia 35 tahun dan tiga lagi anaknya berusia dua, empat dan tujuh tahun.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Sivanathan Velautham berkata lelaki terbabit ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi ini di rumah kongsi pekerja itu dan polis merampas sebilah parang daripadanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian itu bermotifkan cemburu apabila lelaki berkenaan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Selepas pergaduhan, lelaki terbabit bertindak menikam beberapa kali kepala isterinya menggunakan gunting, katanya.

Beliau berkata lelaki itu kemudian memukul empat anaknya termasuk bayi berkenaan, anak perempuan berusia tujuh tahun dan dua tahun serta anak lelaki berusia empat tahun menggunakan besi paip.

Sivanathan berkata bayi berkenaan mati di tempat kejadian, isteri dan anak perempuannya yang berusia dua tahun cedera parah dan dirawat di Hospital Duches of Kent Sandakan. - Bernama

Selasa, 15 Oktober 2013

malayan tapir

KUALA LUMPUR 27 April - Masyarakat di Malaysia rata-ratanya tidak menyedari haiwan tapir atau dikenali sebagai 'gajah kerdil' kini semakin pupus di muka bumi.

Sehubungan itu, Zoo Negara mengambil inisiatif dengan meraikan Hari Tapir Sedunia yang disambut pada 27 April setiap tahun sebagai langkah untuk memupuk kesedaran kepada masyarakat mengenai haiwan unik itu.

Timbalan Pengarah Zoo Negara, Dr. Muhammad Danial Felix berkata, kesedaran untuk melindungi haiwan yang semakin pupus itu adalah penting bagi menjamin kesinambungan spesiesnya.

Menurutnya, terdapat empat spesies tapir di dunia dan 'Malayan Tapir' yang hanya dapat ditemui di Asia merupakan spesies terbesar di dunia.

"Bilangan tapir semakin merosot disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ialah habitat asal dimusnahkan untuk tujuan pembangunan, sekali gus mengganggu proses pembiakan dan akhirnya menyumbang kepada kepupusan," katanya ketika ditemui di Zoo Negara, dekat sini hari ini.

Muhammad Danial berkata, menerusi program yang diadakan sempena sambutan tersebut, pengunjung terutamanya golongan muda sedikit sebanyak dapat didedahkan dengan pelbagai maklumat menarik mengenai haiwan itu.

Katanya, sambutan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini akan menganjurkan beberapa aktiviti seperti pameran tapir, sesi memberi makan, dan ceramah mengenai ekosistem haiwan tersebut.

"Kami di Zoo Negara memandang serius mengenai kebajikan haiwan terutamanya spesies yang hampir pupus.

"Usaha memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia melibatkan pelbagai cabaran seperti tahap pemikiran, keadaan persekitaran dan sebagainya," ujarnya.



Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd

Isnin, 14 Oktober 2013

JADI para pengguna dinasihatkan berhati-hati ketika menggunakan penyedap makanan ini kerana apa jua yang tertera sodium di bahagian kandungan, bahan itu merupakan garam.

Bagi mereka yang tidak peka atau kurang prihatin dengan penyakit darah tinggi, lihatlah data Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2006 bahawa penyakit itu lebih berisiko kepada golongan dewasa berusia 30 tahun ke atas terutama warga emas.

Menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datin Dr. Chia Yook Chin, peratusan penghidap penyakit darah tinggi di negara ini juga bertambah sebanyak 30 peratus sejak 2006 dengan anggaran 4.8 juta individu menghidap penyakit itu ketika ini.

Tambah beliau, jumlah tersebut tinggi ekoran amalan gaya hidup serta budaya pemakanan yang tidak sihat.

"Jika dilihat daripada statistik terkini, sebenarnya dua per tiga daripada jumlah ini tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit darah tinggi.

"Apa yang lebih membimbangkan, jumlah tersebut dijangka meningkat dua kali ganda pada 2025.

"Jadi, disarankan agar setiap anggota masyarakat menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun dalam usaha mengetahui badan bebas daripada penyakit,"ujarnya pada sidang akhbar sempena kursus ketahanan hipertensi di Pusat Perubatan Sime Darby di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah beliau, pemeriksaan awal penting dan sekiranya seseorang itu didapati mempunyai penyakit, rawatan awal bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa malah juga dapat mengurangkan berlakunya strok.

Hari ini dengan pelbagai teknologi canggih yang ada dan ditambah pula dengan pelbagai kajian, pelbagai rawatan juga mampu diberikan kepada pesakit.

Bukan itu sahaja, pelbagai jenis ubat juga telah dicipta dalam usaha membendung pelbagai penyakit yang 'menyerang' masyarakat hari ini.

Yook Chin turut menasihati mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi agar sentiasa mengambil ubat tepat pada masanya dan sentiasalah berkomunikasi dengan doktor masing-masing dalam usaha mengetahui tahap kesihatan dari semasa ke semasa.

Ini kerana sekiranya pesakit tidak mengambil ubat mengikut seperti yang diarahkan penyakit yang sedia ada akan menjadi bertambah teruk malahan akan merebak ke bahagian lain.

Penyakit ini akan menjadi bertambah teruk sekiranya pesakit mempunyai penyakit lain seperti kencing manis, kolestrol tinggi, dan tidak ketinggalan kepada mereka yang merokok.

Berbicara lanjut mengenai penyakit darah tinggi ini, jelas Yook Chin, sebenarnya pengambilan garam yang tinggi dalam makanan antara salah satu penyebab utama darah tinggi.

Penyebab-penyebab lain yang mampu mengundang penyakit darah tinggi ialah faktor umur, berat badan berlebihan, dan kurang senaman.

Namun apa yang pasti katanya, punca sebenar kepada penyakit darah tinggi tidak diketahui.

Dalam majlis itu juga, pasukan perubatan daripada pusat perubatan tersebut memperkenal teknologi dan kaedah terkini dalam merawat hipertensi yang digelar OneShot Renal Denervation System.

Kaedah rawatan itu telah digunakan pakai di Eropah dan Malaysia merupakan negara pertama menggunakannya di rantau ini.

Dalam pada itu, Yook Chin menyeru penggiat industri makanan terutama pengusaha restoran turut membantu menangani masalah penyakit darah tinggi ini dengan mengurangkan penggunaan garam dalam hidangan mereka.

"Sewajarnya mereka perlu ada pengetahuan mengawal penggunaan garam dalam penyediaan makanan dan menggunakan bahan perisa asli yang lebih berkhasiat tanpa menjejaskan keenakan hidangan yang disediakan.

"Pada masa yang sama, masyarakat turut diseru agar menjalani gaya hidup yang lebih sihat dengan melakukan senaman setiap hari kerana apa yang membimbangkan keadaan atau situasi hari ini (sakit) dilihat semakin teruk," katanya sebelum mengakhiri bicara. - MARIATUL QATIAH ZAKARIA

© Utusan Melayu (M) Bhd
Pusat beli-belah berusia 2,700 tahun ditemui

ATHENS 11 Okt. - Sekumpulan ahli arkeologi dari Kanada dan Greece menemui sebuah struktur pusat beli-belah tertua di dunia, berusia 2,700 tahun di tapak arkeologi di Argilos, utara negara ini, baru-baru ini.

Struktur dikenali sebagai portico itu merupakan binaan terbuka yang panjang, biasanya menempatkan rumah kedai dan memisahkan dataran awam dari bandar.

Pakar arkeologi dari Universiti Montreal, Dr. Jacques Perreault berkata, portico yang ditemukan di Argilos merupakan pusat beli-belah tertua di Greece dan sangat unik.

Perreault berkata, kerja-kerja penggalian dilakukan sejak Jun lalu dan ukuran panjang pusat beli-belah itu mencapai kira-kira 40 meter.

Jelasnya, pusat beli-belah terbuka itu mempunyai tujuh bilik dengan setiap satu berukuran 5 meter lebar dan 7.5 meter dalam, serta memiliki dinding setinggi 2.5 meter.

"Teknik pembinaan dan batu yang digunakan berbeza dalam setiap bilik, menunjukkan penglibatan beberapa tukang bina dalam pembinaan pusat beli-belah terbabit.

"Kajian ini juga menunjukkan setiap pemilik kedai mungkin bertanggungjawab membina bilik masing-masing yang menjadi ruang perniagaan peribadi," jelasnya.

Perreault berkata, struktur lama itu mempunyai sebuah kedai roti, sebuah kedai minyak zaitun dan sebuah kedai menjual ubat-ubatan serta peralatan solek yang masih belum dapat dipastikan.

Tapak arkeologi di bandar lama Argilos terletak di hujung Sungai Aegean dan pernah mencipta kegemilangan pada abad kelima sebagai bandar termasyur di rantau ini. - AGENSI



© Utusan Melayu (M) Bhd
BEIJING: China has arrested 139 people in Xinjiang for allegedly spreading jihad, state-run media said Wednesday, as it warns of growing religious extremism in the far western region, home to Muslim Uighurs.

Another 256 people had been “punished” for spreading online rumours, the Global Times said citing local authorities, without specifying the measures taken.

Beijing has pointed to violent incidents to indicate a rising militant threat among the ethnic minority, but information in the vast region is tightly controlled and Uighur organisations complain of cultural and religious repression.

Police in Xinjiang have “handled an increasing number of cases in which individuals have posted or searched for religious extremist content on the Internet”, the China Daily said, citing an unnamed source in the Xinjiang Daily.

In the two months to the end of August, 139 people were arrested for “spreading religious extremism including jihad”, it said.

Also citing the Xinjiang Daily, the Global Times said a farmer in Hotan was detained after he uploaded 2GB of e-books about secessionism which were read 30,000 times.

“Overseas hostile forces have never stopped infiltrating and inciting residents to take up extreme religious ideas through the Internet and the online spreading has become a great threat to ethnic unity and social stability,” the Global Times said, citing police.

Dilshat Rexit, a spokesman for the overseas-based World Uyghur Congress, which Beijing calls a separatist group, said the claims were a “total distortion of the truth” aimed at blocking Uighurs from going online.

Those detained had “expressed discontent with Chinese rule and systematic repression in the area”, he said.

China’s goal “is to suppress Uighurs’ use of the Internet to obtain information and express different points of view”, he added.

News of the detentions comes just ahead of the start of the Muslim Hajj, when almost 12,000 Chinese pilgrims are expected in Mecca according to reports.

China’s state-run media have previously reported that Uighurs have fought in Syria’s civil war against the regime, then returned home to put their militant experience into practice.

Members of a gang behind what China called a “terrorist attack” in Lukqun in June that left 35 people dead watched extremist videos beforehand, the China Daily said, citing police.

A court sentenced three people to death and one person to 25 years in jail in September over the attack, saying they had taken part in a “terrorist organisation”, the official news agency Xinhua reported at the time.

The clash was Xinjiang’s deadliest since 2009, when riots between Uighurs and China’s ethnic majority Han left 200 people dead.

Xinjiang’s population is 46 percent Uighur and 39 percent Han, according to official statistics, but the latter largely dominate the economy and form a majority in the regional capital Urumqi.
-sabahtimes

Untuk mengekalkan tahap kesihatan, pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah penting dalam setiap sajian. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang kita boleh ambil. Salah satu sebagai makanan tambahan yang mampu memberikan zat dan nutrien yang tidak terdapat dalam makanan utama. Tiga makanan berikut adalah makanan diperakui sebagai makanan yang bukan sahaja memberikan khasiat tambahan, malah boleh membantu memulihkan pelbagai masalah kesihatan.

Khazanah dari dalam laut

Gamat adalah sejenis haiwan laut yang bernilai tinggi. Ia berbentuk seperti sosej, kulit yang keras dan memanjang. Khasiat gamat telah diperakui sejak sekian lama untuk menyembuhkan luka dan sebagai ubat penahan sakit semula jadi.

Kajian daripada penyelidik tempatan dan luar mendapati bahawa gamat mengandungi kandungan protein, karbohidrat, zat galian dan asid lemak yang tinggi. Ia juga mengandungi pelbagai asid lemak omega-3, dan vitamin A, B1, B2, C beserta garam galian seperti kalsium, magnesium, zink dan zat besi.

Salah satu elemen penting di dalam gamat adalah kandungan kolagennya yang tinggi iaitu sebanyak 92 peratus. Dengan komposisi yang banyak ini, ia mampu memerangi kesan penuaan, kemerosotan prestasi sel di dalam badan manusia malah mempercepatkan pertumbuhan sel-sel baru yang telah rosak.

Gamat juga baik dikatakan untuk meredakan sakit sendi, mengurangkan ketegangan otot dan mengurangkan bengkak akibat digigit serangga. Kolagen daripada gamat juga membantu meningkatkan kadar kolagen asli di dalam badan dan seterusnya menganjalkan kulit supaya menjadi awet muda.

Penawar daripada madu

Madu adalah salah satu bahan makanan yang mempunyai sifat penyembuh semula jadi. Ia sudah dikenali sejak zaman dahulu sebagai salah satu sumber makanan yang baik untuk kecantikan dan kesihatan dalaman.

Dalam perubatan Islam, madu sering digunakan sebagai ubat untuk membantu meringankan sakit seperti membersihkan kotoran di dalam usus, menormalkan kelembapan tubuh badan, mancairkan kahak dan menguatkan sistem pertahanan tubuh.

Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink.

Madu turut mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah. Madu berperanan sebagai anti oksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. Kajian terkini membuktikan, kandungan madu lebah yang terdiri daripada bahan semula jadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos ini mampu meningkatkan stamina.

Madu boleh diamalkan dalam diet seharian kerana madu sesuai dijadikan pengganti gula sekaligus dapat menjaga kesihatan badan. Selain itu, amalan minum air madu hangat selepas makan boleh membantu melancarkan pencernaan serta meningkatkan metabolism tubuh.

Dari segi kecantikan, madu sebenarnya telah lama digunakan untuk mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.



Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd
Dianggarkan seorang dalam 33 orang rakyat Malaysia berisiko menghidap kanser kolorektum atau kanser kolon, iaitu pertumbuhan sel-sel barah di usus besar (kolon) dan rektum.

Ini menjadikannya bentuk kanser kedua paling biasa yang dihidapi oleh rakyat Malaysia pada hari ini.

Kira-kira 50 hingga 60 peratus pesakit kanser kolorektum akan mengalami metastasis, di mana proses sel kanser merebak ke tisu yang lebih jauh.

Sebaik sahaja kanser kolorektum ini merebak ke bahagian lain dalam badan, kadar hayat atau survival pesakit merosot dengan teruk.

Sebagai kanser ketiga paling umum di dunia dengan anggaran 1.23 juta orang disahkan menghidapnya pada tahun 2008, terdapat keperluan yang belum dapat dipenuhi bagi pilihan rawatan yang berkesan bagi kanser kolorektum dengan metastasis peringkat terlalu lanjut.

Menurut Pengarah Perubatan dan Pakar Perunding Onkologi Klinikal, Pusat Pakar Beacon International di Petaling Jaya, Selangor, Datuk Dr. Mohamed Ibrahim Wahid, kebanyakan pesakit kanser kolon (barah usus besar) mengesan penyakit ini hanya di peringkat lanjut apabila kadar survival lima tahun adalah kurang daripada 10 peratus.

Kata beliau, pilihan rawatan untuk pesakit kanser kolorektum dengan metastasis peringkat lanjut adalah terhad terutama sekali selepas tiada lagi pendekatan standard.

''Pilihan rawatan seperti pengambilan regorafenib (ubat orang yang biasa digunakan untuk merawat kanser kolon dan sedang dalam kajian bagi kegunaan ke atas lain-lain jenis kanser lain) pasti akan dialu-alukan kerana pesakit mempunyai lebih banyak masa berharga bersama mereka yang tersayang.

" Sebagai ubat oral, regorafenib juga memberi kelebihan tambahan berbanding rawatan intravena lain yang selama ini boleh didapati oleh pesakit,'' ujar Dr. Mohamed Ibrahim yang ditemui pada majlis pelancaran Stivarga (nama dagang bagi regorafenib) baru-baru ini.

Sementara itu, Bayer HealthCare menawarkan harapan baru kepada lebih 1,000 orang rakyat yang dianggarkan menghidap kanser kolorektum setiap tahun dengan pelancaran Stivarga (regorafenib) baru-baru ini.

Stivarga adalah ubat oral (pengambilan melalui mulut) pertama yang dikatakan membantu meningkatkan peluang survival atau kelangsungan hidup pesakit yang menghidap kanser kolorektum peringkat lanjut.

Kelulusan bagi pil Stivarga di Malaysia membawa harapan baru kepada pesakit kanser kolorektum peringkat lanjut yang sebelum ini menerima rawatan standard.

Stivarga telah diluluskan untuk kegunaan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Jun 2013 bagi merawat kanser kolorektum dengan metastasis peringkat lanjut.

Kelulusan Stivarga adalah berdasarkan keputusan positif daripada ujian Fasa 111 Correct (Kanser kolorektum dirawat dengan Regorafenib atau placebo selepas kegagalan terapi standard) yang menjadi tanda aras global, membabitkan 760 orang pesakit, dengan 15 peratus daripada mereka adalah dari Asia.

Kajian Correct menunjukkan bahawa rawatan dengan regorafenib yang ditambah penjagaan sokongan terbaik dapat meningkatkan kadar survival secara keseluruhan dan menyekat penularan penyakit, berbanding pesakit kanser kolorektum metastasis yang bertambah teruk selepas menjalani rawatan standard diluluskan yang mengambil plasebo.

Menurut Pakar Onkologi Perubatan dari Melbourne, Australia, Dr. Peter Gibbs, kajian Correct telah menunjukkan keupayaan regorafenib untuk meningkat kawalan tumor dan kadar survival sebilangan besar pesakit yang sebelum ini tidak mempunyai pilihan rawatan.

''Ini adalah satu kemajuan penting dalam rawatan kanser kolorektum peringkat lanjut,'' ujar beliau.


© Utusan Melayu (M) Bhd
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.