Jumaat, 29 Mac 2013


Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia dan Barisan Nasional (BN) selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya tidak ada calon dan saya tidak jangka itu akan berlaku…,” kata bekas perdana menteri ketika ditanya sama ada Najib perlu berundur sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mencatat pencapaian cemerlang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“...tetapi saya tidak ada calon atau apa-apa perkara seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemebrita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Kekuatan dalam Inovasi: Bagaimana Untuk Kekal Kompetitif dalam Dunia yang Pesat Membangun’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini kelmarin.

Sementara itu, Dr Mahathir juga bersetuju dengan pandangan bekas menteri kewangan dan penasihat ekonomi Tun Daim Zainuddin supaya Najib mengetengahkan muka baharu dalam pilihan raya kali ini.I

Berhubung kenyataan terbuka bekas anggota seumur hidup PAS, Zainol Ismail yang berhasrat bertemu Dr Mahathir untuk memohon maaf kerana pernah merancang membunuh bekas perdana menteri itu pada 1988, Dr Mahathir berkata beliau pada mulanya sangat terkejut dengan pengakuan Zainol itu.

Ini kerana, katanya bermusuh dalam politik sehingga sanggup membunuh bukan menjadi budaya Malaysia.

Namun, bekas perdana menteri itu sekali lagi berkata bahawa beliau percaya Zainol yang lebih dikenali sebagai CN Afghani membuat pengakuan itu kerana terpengaruh dengan ‘Amanat Haji Hadi’ yang mendakwa Umno kafir.

“Tapi Alhamdulilah dia sedar dan tidak lagi taksub dengan ideologi PAS ini, dan buat kenyataan nak minta maaf…saya sedia maafkan sesiapa pun,” katanya.

Menjawab soalan bila beliau menjangka Parlimen akan dibubarkan, Dr Mahathir berkata beliau sendiri ternanti-nanti pengumuman pembubaran itu.

“Kalau saya jadi perdana menteri saya dah bubarkan dah tahun lepas,” katanya dalam nada bergurau.
-st

Khamis, 28 Mac 2013


mat bom

LAHAD DATU – Anggota keluarga individu tempatan yang dipercayai tali barut pengganas Selatan Filipina dan dikenali sebagai ‘Mat Bom’, mendakwa mereka langsung tidak tahu dan tidak terlibat dengan kegiatan lelaki itu kerana tinggal berasingan dan sudah lama tidak berjumpa.

Seorang daripada lapan anak Mat Bom mendakwa dia dan anggota keluarga yang lain tinggal di Kampung Tanjung Labian manakala bapanya pula di Kampung Tanduo.

“Kami tahu polis cari ahli keluarga Mat Bom. Kami dengar dari cerita orang kampung yang Mat Bom ini dikehendaki, tapi kami langsung tidak tahu apa-apa mengenai aktivitinya,” katanya kepada Bernama di Pusat Pemindahan Embara Budi di Felda Sahabat 17.


Wanita itu dan ibunya yang mendakwa ditahan pasukan keselamatan sejak 20 hari lepas, telah dibebaskan dan dibawa ke pusat itu semalam.

Mat Bom dipercayai terlibat dengan pengganas Sulu dengan menyebarkan risalah menghasut penduduk Sabah berketurunan Sulu supaya menyertai mereka dalam kegiatan menentang negara.

Mat Bom, seorang warga emas bersama lapan pengikutnya dipercayai saki-baki pengganas ditahan ketika cuba memasuki pusat penempatan Embara Budi itu pada 8 Mac lepas dengan menyamar sebagai penduduk kampung.

Menurut penduduk kampung, gelaran Mat Bom diberi kepada pengganas itu kerana suka mengugut orang kampung dengan ugutan bom jika ingkar atau cuba melawannya.

Sementara itu, seorang cucu Mat Bom berkata apa yang berlaku melibatkan kegiatan Mat Bom tiada kena-mengena dengan anggota keluarga yang lain.

“Polis datang cari kami dan bawa kami ke Lahad Datu untuk ditahan. Kami bagi tahu yang kami tiada kaitan walaupun kami ahli keluarga.

“Kami sudah lama tidak ke Kampung Tanduo kerana tinggal di Kampung Tanjung Labian. Kami tidak tahu yang Mat Bom terlibat dengan pengganas,” katanya.

Cubaan untuk mendapatkan reaksi isteri Mat Bom gagal kerana difahamkan wanita itu kurang fasih berbahasa Melayu dan keadaannya uzur.

Anggota keluarga Mat Bom lain yang kebanyakannya wanita itu kelihatan takut dan enggan ditemuramah selain masalah komunikasi dan bahasa pertuturan.

Sementara itu menurut seorang anggota pasukan keselamatan yang berada di pusat penempatan itu, keluarga Mat Bom dijangka diasingkan daripada penduduk lain untuk tujuan keselamatan. – Bernama


Ummati.. Ummati.. Ummati.. All Muslim must watch this video.. Please give your time...

Di Sebalik Bayang-Bayang Sebuah Negeri Di Malaysia

Selasa, 26 Mac 2013


Dr Bouti
Dr Bouti

Tiada siapa menyangka Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti akan meninggal dunia dengan cara dibom tetapi penuh misteri. Pelbagai cerita, berita, pandangan diberi. Macam-macam pendapat tentang siapa yang mengebom atau membunuhnya dan mereka di dalam masjid Iman dengan pelbagai versi. Namun, hakikatnya taqdir Allah jua yang mengatasi. Barangkali ada hikmah tersembunyi. Boleh jadi juga niat Dr Bouti yang benar dengan Ilahi. Tiada siapa yang mengetahui. Namun, kebenaran tetap akan terbongkar nanti.

Saya tidak yakin pengeboman dibuat oleh anasir FSA atau aktivis revolusi. Kalau masih ada iman di dalam dada tidak tergamak membunuh diri dan membunuh ulama sedang mengajar dan muridnya yang mengaji. Tidak mustahil kalau diandaikan talibarut regim Basyar yang membuat operasi. Tidakkah Dr Bouti berada dalam kawalan ketat di Damsyik yang tidak mudah anasir FSA menyelinap masuk membawa bom pada diri? Apatah lagi apabila dikatakan Dr Bouti sudah mempunyai kecenderungan untuk tidak menyokong Bashar lagi.

Saya kenal Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti melalui buku dan karyanya yang dibaca dan dibeli. Pelbagai kitabnya dalam pelbagai jurusan masih banyak tidak dibaca disimpan dalam almari. Kitab Fiqh Sirahnya diterjemah dalam bahasa Melayu saya jadikan teks kuliah Maghrib di Masjid Sultan Mizan, Kerteh dan dikupas selama 7 tahun menelusuri sirah Nabi. Ketika belajar di Jordan, saya sentiasa menonton TV Syria yang boleh dicapai dari Jordan mengikuti kuliah Dr Bouti di TV. Dalam kesempatan ke Syria (Kembara Ilmu 14), saya pernah solat Jumaat di masjid berhampiran rumahnya mendengar khutbah Jumaat dari mulutaya sendiri. Di Masjid Jenghiz Khan di tengah Damsyik, beliau mengajar kitab Fiqh Sirahnya dengan kehadiran melimpah dan Alhamdulillah saya pernah hadiri. Keset syarah kitab Hikam saya beli berjumlah lebih 200 buah dan sehingga kini masih tersimpan tak habis dengar lagi. Barangkali dari keset itu kemudiannya jadi kitab berjilid sekarang yang boleh dibaca dengan huraian menarik dan mudah sekali.

Beliau pernah ditanya tentang bentuk jihad yang dilalui oleh Ibn Taimiyyah dan beza jalan yang dilalui oleh Imam Ghazali. Huraiannya ilmiah dan menarik untuk diteliti. Ketika itu mereka yang mendengar kuliahnya di Damsyik itu ramai juga anak muda dari Algeria yang menurut jalan Salafi jihadi. Banyak juga ilmu dari Dr Bouti yang saya jadikan dalil dan hujah bahan ilmiah dalam disertasi.

Dalam konteks politik, suasana Syria menguji para alim ulama, pendokong gerakan Islam termasuk Dr Bouti. Sheikh Said Hawa dari Hama kalau tak silap tapi anaknya Ahmad, Muaz dan lain-lain berada di Jordan kerana tak dapat kembali. Ramai para ulama dan pendokong Islam dipenjara, dibunuh semenjak zaman ayah Basyar iaitu Hafiz Asad lagi. Ikhwan tidak dapat bergerak malah terpaksa aktif dari luar negeri. Setiap rumah di Syria ada mukhabarat (SB), tak terkecuali majlis ilmu ada yang sentiasa memerhati.

Pada pandangan Dr Bouti dan ijtihadnya, pendekatan silmiyyahnya membuahkan beberapa hasil seperti alim ulama yang dapat dikeluarkan dari penjara dan balik dari luarnegeri. Di zaman Basyar yang muda ini, Dr Bouti sudah begitu tua dan barangkali mengharapkan anak muda ini tidak sama dengan bapanya yang sudah pergi. Namun, sangkaan meleret kerana Dr Basyar yang merupakan seorang doktor perubatan ini juga tak ubah seperti kata peribahasa ‘mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’. Malah fitnah di zaman pemerintahan Basyar ini kelihatan lebih dahsyat lagi.

Dr Bouti dalam kuliahnya banyak sebut ‘nastalihu maaAllah’ (kita mesti sentiasa kembali dan perbetulkan diri dengan Ilahi). Mudah-mudahan ijtihadnya dalam politik penuh fitnah di Syria-walaupun kita tidak bersetuju dengan pandangannya-diberi satu pahala dan beliau diampunkan Allah, sebelum melihat fitnah lain yang entah besar mana lagi.

Kemaman, Terengganu. -harakah


Khusus Untuk Bangsa Malaysia

Ahad, 24 Mac 2013

LGBT
LGBT


KUALA TERENGGANU: Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini semakin membimbangkan kerana turut membabitkan pelajar sekolah menengah selain pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), kata pakar motivasi dan kaunseling Hushim Salleh. 

"LGBT tidak memilih bulu sama ada tua atau muda, lelaki atau wanita, golongan menengah atau rendah semua boleh terlibat di mana apabila terperangkap dengan LGBT, ia sukar untuk dipulihkan. 
"Kita sangat bimbang dengan gejala ini kerana ia boleh membawa penyakit seperti HIV, sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan sebagainya," katanya selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Kesedaran LGBT kepada pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini. 

Hushim, pemilik Syarikat Hushim Motivational & Counseling Consultancy yang banyak menangani kes-kes LGBT, berkata apa yang paling menyedihkan terdapat kes guru di sekolah agama yang mengambil kesempatan melepaskan nafsu songsang terhadap pelajarnya sendiri. 

"Biasanya di sekolah agama...mangsa tidak tahu hendak mengadu kepada siapa dan kebanyakan kes hanya diam dan berlalu begitu saja tanpa sebarang tindakan terhadap pelaku," katanya. 

Hushim berkata, walaupun tidak ada jumlah sebenar kes LGBT yang dicatat di negara ini, namun daripada kajian yang dijalankan ia lebih menakutkan daripada gejala penagihan dadah. 

Beliau berkata, pengamal LGBT sukar dikenal pasti kerana mereka boleh bertukar perwatakan pada waktu dan keadaan tertentu dan mereka sukar untuk dipulihkan kerana ia membabitkan naluri manusia. 
Bagaimanapun, katanya, pengamal LGBT boleh dipulihkan sekiranya mereka mempunyai keinsafan untuk berubah dengan menyertai seminar pencegahan dan ceramah termasuk ceramah agama. 

Hushim turut memuji langkah UniSZA menganjurkan seminar seumpama itu yang dapat membendung gejala itu daripada menular di universiti itu. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.