Jumaat, 30 November 2012



Boleh tahan idea juga prank ni. Mati lampu, budak pegang patung dan segala bagai. haha! 
Nasib baik aku sudah terbiasa dengan hantu Malaysia, hantu tidak jejak kaki. Bila nampak ada kaki, jadi tidak takut. Haha!

Selasa, 27 November 2012





Patutkah ini terjadi? Inikah semangat kesukanan? Inikah akhlak Rasulullah SAW?

Saya penyokong bola sepak Malaysia tapi saya bukan pencarut dan pemaki hamun.


Tengok da kalah 3-0.

ALLAH SWT maha mengetahui.

Mangsa adalah gadis berumur 15 tahun. Dipercayai telah dirogol oleh lima orang pekerja kedai perabot yang berasal dari Pakistan. Mangsa ditemui pada jam 1 petang (26.11.2012). Laporan polis telah dibuat pada hari yang sama. Suspek berjaya ditangkap sewaktu suspek cuba mengembalikan MyKad mangsa.
Kejadian berlaku pada pagi kelmarin yang mana mangsa dikatakan keluar bersama kakak dan sepupunya mencari kerja kosong di pekan Gosyen, Kota Marudu. Mangsa singgah sebentar ke kedai perabot kerana beliau berhajat untuk membeli almari. Mangsa dibawa ke tingkat atas oleh pekerja kedai perabot terbabit kerana dikatakan bahawa almari yang lebih cantik ada di tingkat atas kedai. Kakak dan sepupu mangsa meninggalkan mangsa seorang diri di kedai tersebut kerana kakak dan sepupunya pergi mencari kerja kosong di kedai lain. Beberapa jam kemudian mereka menyedari bahawa mangsa tidak dapat ditemui lalu mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. Mangsa dijumpai di lokasi simpang tiga depan jalan menghala ke SK Ranau - Jabatan Perhutanan Daerah Kota Marudu. Mangsa kemudiannya ditemui dengan keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok.
Melalui laporan bedah siasat, doktor mengesahkan mangsa telah dirogol berkali-kali dan lebih dari seorang yang merogolnya. Menurut saksi, mangsa telah dihumban keluar dari sebuah lori yang

disyaki milik kedai perabot terbabit.

Sumber daripada individu yang boleh dipercayai. Saya berasa amat sedih, terkilan dan sakit hati dengan kejadian ini. Saya menyeru kepada kerajaan negeri dan persekutuan untuk menghadkan kemasukan warga asing khususnya dari Pakistan. Pernyataan yang mengatakan bahawa “warga asing tidak mengugat keselamatan” adalah amat tidak rasional dan tidak boleh dipercayai sama sekali. Buktinya sudah jelas dengan kejadian ini dan banyak lagi kes-kes lain yang melibatkan warga asing. Saya tidak mengatakan semua orang asing itu jahat dan kejam, jauh sekali penjenayah namun hakikatnya kemasukan mereka sedikit-sebanyak telah membawa kesan buruk dari segi keselamatan.
Akhir nasihat beliau, kepada para gadis di luar sana, berhati- hatilah selalu tidak kira siang atau malam. 
Update: Nama mangsa ialah Bellarian G.Asin @ Norikoh.
  




Ahad, 25 November 2012




Sabahan Troll


Melvan Roben
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.