Sabtu, 17 November 2012


ok. Haritu, kawan hana minta tips hilangkan jerawat sebab dia baru dapat awek. Dia request, so hana nak share sikit. Hana pon punya masalah jerawat dulu, sekarang pon i guess. Jadi, ini ikot pengalaman hana la.

Tapi jangan risau masalah jerawat ini akan hilang meningkat usia. Tapi kalau tak jaga kebersihan, jadi jugak tua mcam mana pon. Tapi kalau tengah gatai bercinta tu, no comment la noh, perubahan hormon la tu.

Apa perlu buat:
  1. Rajin cuci muka. Jadikan habit.
  2. Asal muka rasa ada minyak or kotoran terus cuci
  3. Guna pencuci muka yang khas untuk hilangkan jerawat.
  4. Jangan sentuh muka.
  5. Jangan bagi rambut sentuh muka.
  6. Pakai cream hilang jerawat kat tempat jerawat.
  7. Sebolehnya guna oxy, t3, or aiken. Sebab mereka specializes dalam jerawat nih.
  8. Produk ini akan hilangkan minyak di muka.
  9. Tapi jangan bagi kering sangat. 
  10. Jadi pakai pelembap dari produk yang sama.
  11. Elakkan makan benda berminyak sepanjang tempoh tu.
  12. Elak makan kacang-kacang
  13. Elak pakai produk selain produk untuk hilang jerawat.
  14. Kurangkan tengok cermin. Takot rasa nak picit.
  15. Anggap lah jerawat ini simbol keremajan. aww!
  16. Minum banyak air. Tidur awal.
  17. Makan banyak buah-buahan. 
  18. Vitamin D dari matahari, waktu pagi je!



Ulcer mulut aka kawan hana panggil mata ikan aka adik hana panggil sakit mulut. Dah ada post pasal benda ni kan haritu. So, semua dah tahu kan sebab-sebab dan cara atasi dia kan? Lebih kurang sama je post yang ini.

Bagi orang yang normal-normal macam kita-kita ini, biasanya ulcer ini jadi sebab tergigit, terluka, cuaca panas dan sebab banyak sangat makan pedas dan jeruk. Oleh itu selagi boleh elak, kita elak.

Ye, betul, cara terpantas nak hilangkan mouth ulcer ini tak kira la pada bibir, gusi, atau lidah, caranya ialah dengan kumur dengan air garam. Sebab garam kan alkali. Tapi sakitnya saat itu, teramatlah. Sampai keluar air mata kawan hana cakap.

Hana tak pernah try sebab hana penakot. So, hana guna cara yang lebih sopan dan kurang kamikaze. Tak sakit pon, tapi kena rajin.

Bahan-bahan yang diperlukan:






Cara-cara:

  1. Kumur colgate plax selama yang mampu. (jangan kumur dengan air lepas tu)
  2. Guna cotton bud tu, sapu bonjela ke tempat ulcer tu. (tahan sikit sakit)
  3. Ulang setiap 2jam!!
Kali pertama je sakit sikit, bila dan ulang yang lepas dua jam tu rasa biasa jek. InsyaAllah cepat sembuh. Hana pernah try time taste bud tercabut. Haha!

Tips:
  1. Minum banyak air.
  2. Elak makanan berasid (masam, pedas), makanan panas.
  3. Makan jangan gelojoh <--- penyumbang terbesar ni.
  4. Tidur awal.
  5. Makan banyak buah.
  6. Amalkan rajin kumur colgate plax tu after this.
  7. Doa banyak-banyak.
Good Luck!



Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus - Ep1 [Episod Penuh]




Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus - Ep2 [Episod Penuh]


Microsoft Visual C++ Runtime Library Error




    Error.. Error.. Tengah - tangah mencari ilham, sekarang pula dia muncul.  Tengah - tengah mengumpul konsentrasi, error ini pun muncul ditengah - tengah. 

Solution: Setakat ni aku tidak tau. Kalau error macam ni selalu aku on saja windows update. 

Khamis, 15 November 2012



      Dunia oh dunia. Tidak tau mau cakap apa. Keluar news pasal kes rogol bunuh, missing person la atau culik, baru mau kecoh. Semua salah penculik la, bawa lari anak orang. 


Padahal jadi macam ni.


Pelbagai pekej ditawarkan berdasarkan kemampuan 




        Bukan juga mau salahkan perempuan bulat - bulat sebab kita pun tahu mana ada kedai buka kalau tidak ada pembeli kan. Apa -  apa pun, sama - samalah kita menilainya dan berusaha menghalang maksiat terus berleluasa dikalangan kita. Sama - sama jadi baik. 


Klik Link dibawah.


Facebook: Model Melancap Lelaki



Memang nice title la. Ni bukan pos sundal. Yang lelaki memang berani klik punya. Yang perempuan sila klik la. Para gadis sekalian, lihat dan belajar dari apa yang anda lihat. 


****************


Gambar gadis - gadis bertudung dicuri dan diuploadkan kedalam page diatas. 

Siapa salah sebenarnya? 

Silap lelaki pandai - pandai la kamu cari sendiri.

Aku mau bagi tau silap perempuan sahaja. 

1. Yang post gambar dalam Facebook sampai beralbum - album pasal apa? Mau tunjuk hot?
2. Yang posing sedap tu pasal apa? 
3. Yang pakai baju ketat sampai spotlight memancar terang tu pasal apa?


Apa yang kita boleh buat? Kesedaran itu yang utama.  

Rabu, 14 November 2012


Petua ini aku  copy and paste dari blog http://aydashomel.blogspot.com/  .
 Untuk keterangan lanjut, lawat blog beliau. 

 PETUA SENANG HATI :-

--> Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan ALLAH
--> Latih hati sentiasa ingat,ALLAH memberi pahala kpd kita setiap kali kita d umpat
--> Latih hati sentiasa bergantung dgn ALLAH & tidak terlalu mengharapkan manusia
--> Latih hati sentiasa bersyukur dgn nikmat dari ALLAH
--> Latih hati sentiaa memaafkan kesilapan orang lain & sentiasa memohon ampun dari ALLAH


Hampa hatiku 


Sekadar Gambar Hiasan

Buat pos awal pagi ni bukan pasal bangun awal tapi pasal tidak boleh tidur dan jam 8 ada kelas, lecture tiga jam. Harap tidak kecundang dalam dewan kuliah dengan air liur bercucuran. Jadi rutin berjalan seperti biasa, blogwalking sambil dengar lagu. Sekarang lagu Once - Hilang Naluri.  Mesti kamu orang tau kan. Yang "matilah kau" tu.

Isnin, 12 November 2012


         
         Sekarang ni musim sakit. Macam - macam sakit. Ada demam, sakit tekak, sakit hati, sakit mulut dan akhir sekali ulser mulut atau luka mulut. Ada besar ada kecil, besar kecil semua pedih sakit. Makan susah, air liur meleleh. Sekarang aku kena ulser kat pipi dan lidah. Pedih, gundah gulana dan tidak selesa. Aku tercari tips dan aku mau berkongsi apa yang aku dapat dari blog http://ilmu-tahukahanda.blogspot.com/2011/06/petua-merawat-ulser-mulut.html. Sama - sama kita saksikan.


Besar atau kecil. Pukulan sama saja. 



Apakah yang menyebabkan ulser mulut? 
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi



Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air



Petua orang dulu-dulu, kalau nak kurangkan sakit ulser ni antaranya berkumur dengan air garam. Memang sakit masa berkumur tu, tapi orang tua cakap nanti cepat baik. Lagi satu petua guna asam keping / asam gelugor. Potong ikut besar ulser kat mulut tu atau besar sikit pun tak per. Lepas tu tekap kat tempat ulser. Berapa lama tak pasti la pulak. Sesiapa yang menderita ulser mulut sekarang ni, boleh la cuba petua lama ni. 


Ahad, 11 November 2012




1. Pakai kuku palsu.
    Kuku palsu?? Emm.. Idea yang baik tapi aku mana pandai pakai kuku palsu. Cara pakai pun aku tidak tau.

2. Kunyah gula - gula getah. Yang ni, mau ada testimoni. Aku kunyah gula - gula getah tetap gigit kuku jugak.

3.Sokongan rakan - rakan. Saya yakin ini tidak akan berjaya. 

4. Terapi kurangkan stress. Memang ada juga sumber mangatakan bahawa orang gigit kuku sebab stress. Tapi kalau aku pengigit kuku tegar ini macam mana? Hehe.. Sedar - sedar kuku sudah rosak. 

5. Jaga penampilan. Untuk saya, ini tidak membantu kerana tips ke - 5 ini lebih kepada gadis dan sesetengah lelaki yang dipanggil metroseksual. Saya juga menjaga penampilan, tapi tabiat mengigit mengatasi kekuatan diri untuk menjaga penampilan khususnya  menjaga kuku. 

6. Jaga kuku dengan rapi. Terapi apa? Medi & Pedi? Duit takda. Lepas tu tiba - tiba "kondem" perokok ni kenapa? Aku bekas perokok. Ketagih lain cerita, anda tidak pernah terjebak jadi diam - diam. So, fokus la kepada kuku. 

7. Sapukan gel penghalang. Saya tidak faham. So, next.

8. Cari hobi baru. Saya mau pembuktian. Adakah kaedah ini berjaya. 

9. Cari punca tabiat gigit kuku. Saya rasa ini idea yang baik. Saya akan cuba. Tapi dengan mengenalpasti punca tidak semestinya masalah dapat diselesaikan.

10. Dapatkan nasihat pakar. Idea yang baik tapi duit lagi. Kalau tidak pun, mau cari pakar dimana? 

         Pengakhiran, saya perlukan tips yang lagi menyakin saya. Maaf kepada tuan blog, saya bukan mau menjatuhkan anda, tapi saya betul - betul perlukan tips untuk menahan diri dari mengigit kuku. Kepada pembaca, untuk tips asal. Sila ke url dia atas untuk keterangan lanjut. 
Klik untuk Tatapan  Lebih besar
https://www.facebook.com/ismamesir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.