Jumaat, 2 November 2012


      Saya rasa semua pernah alami perasaan ini. Saya tidak tahu pula kalau hantu tangga ni benar - benar wujud. Mengikut pengalamai saya, saya tidak lagi bersua mesra dengan apa - apa jenis hantu. 

      Masa kanak - kanak dahulu, tangga gelap. Seram naik bulu, macam - macam dalam fikiran. Terbayang gadis    rambut panjang, lembaga hitam merangkak + mata merah atau macam - macam lagi (mengikut citarasa atau kreativiti masing - masing). Tambahan, bukan sahaja tangga. Luar tingkap, bawah katil, tandas. Haha!

     Apa - apa pun, saya pun tidak tahu kenapa bila semakin dewasa perasaan takut itu kian hilang. Semua itu cuma kenangan dan bila diingat kembali, kreatif juga saya semasa kecil.

Rabu, 31 Oktober 2012


Kepada si bijak pintar yang ingin menyumbang kelebihan anda pada agama bangsa dan negara, dialu-alukan untuk join bidang perubatan.

Tapi jangan excited sangat. Jangan ingat nak jadi doktor sebab glamer dengan duit. Kalau itu tujuan utama join bidang ni, eloklah kalau pilih bidang lain yang lagi glamer.

Jadi la model victoria secret ke, president usa ke, kan glamer dah kaya tu.

Sebab apa hana cakap macam tu? Ini lah realiti sebenar pelajar perubatan.


Jadi fikir masak-masak ye sebelum terjun bidang ini. Masuk apa-apa bidang pon biarlah ikhlas dan meminati bidang tersebut. Minat boleh diajar dan dididik.





Kalau kita duduk dengan orang yang merokok, perasan tak bunyi nafas mereka lain? Pastu macam penat je nak bernafas.

Sebab apa, sebab sistem penafasan mereka dah rosak sikit. Mungkin banyak, bergantung pada tempoh mereka merokok dan tahap ketegaran. Makin lama mereka merokok makin banyak lah yang rosak kan. Makin cepat lah mereka penat. Apa pun, lain orang lain kesan dia.

Tapi jangan risau. Kalau berhenti merokok, paru-paru tu masih boleh repair. Nak tau apa yang akan jadi bila kita berhenti merokok?

20 minit lepas berhenti :
Tekanan darah dan denyutan nadi akan kembali macam orang normal.

8 jam :
Kandungan oxygen dalam darah jadi normal mcm orang lain jugak.

24 jam : 
Karbon Monoksida akan disingkirkan (so, banyak la oxygen kita dapat) . 
Segala cecair dan kekotoran dalam paru-paru turut disingkirkan.

48 jam :
Deria rasa dan bau kembali pulih.
Selera makan bertambah.

2-12 minggu : 
Pengaliran darah menjadi lancar.

3-9 bulan : 
Fungsi paru-paru meningkat 10%

5 tahun :
Risiko sakit jantung berkurang

10 tahun : 
Risiko kanser paru-paru berkurang. 
Tipis untuk mendapat sakit jantung.


Akhir kata, sayangilah keluarga anda. Jangan biarkan mereka hilang orang yang tersayang. Berhenti lah merokok.


 Tips Cegah Cekam Kuku

1.Potong lurus kuku, kuku tidak boleh dipotong sepanjang curve(lengkung), atau terlalu pendek.
2.Elakkan memotong kuku pendek dari daging di sekitarnya.
3.Elakkan memakai kasut yang terlalu kecil atau terlalu sempit, atau dengan terlalu kecil ‘tempat jari kaki’.


Tips ni mau tunjuk macam mana mau elak cekam kuku. Gambar di atas menunjukkan potongan yang betul dan kurang betul. - Sumber dari 8vertising. Meskipun dia tidak membenarkan tiru dan tampal, tapi zaman sudah maju. Bukan saya sokong copy & paste ni bulat - bulat tapi yang saya sokong adalah perkongsian Ilmu. 

Hope, its the only thing, stronger the fear. A little hope is effective, a lot of hope is dangerous.  A spark is fine, as long as it's contained.
  President Coriolanus Snow (HUNGER GAME)







Haha! Lambat. Filem yang da lama keluar baru aku mau sibuk - sibuk.


Nah.. Gambar ni dari sabahan troll. Betul ka ni cara perempuan / lelaki mandi macam begini? 

Urutan Mandi
Alatan Mandian
Haha!

Selasa, 30 Oktober 2012

Petang



Malam

Nah.  ni la setianya.  Maklumlah orang bermukim di Penang.  Bila datang Selangor,  rasa mau jelajah semua tempat.  Haha! 

Dan inilah dia Setia City Mall.  Datang sini pun bukan ada beli apa -  apa.  Sekadar mau hilangkan bosan dirumah. Sebenarnya tiada duit.  Haha!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Lihatlah gambar diatas.  pengorbanan ibu dan bapa tidak ternilai.  Mereka yang membesarkan kita.  Mampukah kita menjadi setabah mereka?  Bukan tabah untuk menjaga bakal anak kita tetapi tabahkah kita menjaga mereka bila mereka sudah tua?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 29 Oktober 2012

Teruja tengok akuarium ni.  Hajat di hati mau la ada satu macam ni dalam rumah.  Cantik,  dengan ikan berwarna - warni. Rumpai air hidup yang menghijau.  Haha!  Teringin? Rumah pun tiada,  bermimpi mau ada akuarium.  Tidak apa,  yang penting ada impian.

Published with Blogger-droid v2.0.9

 chipmunk, tupai

Teruja juga la.  First time nampak tupai tv atau nama lain dia chipmunk.  Comel juga binatang ni,  lincah terjah sana terjah sini.  Harga dia lebih kurang RM180.00. Siapa mau beli Cari sendiri.  Haha!

Published with Blogger-droid v2.0.9
     Menyuarakna pandangan sahaja. Tiada niat mau memangkah, menjatuhkan atau lain - lain. Kalau benda ni kita ambil tau dan nilai sebaik - baiknya, kita akan dapat sesuatu yang berguna. Aku bukanlah senior blogger, cuma mau berkongsikan rasa dihati. 

     Isunya ialah pasang lagu kat blog. Ada pasang lagu yang tidak boleh off dan ada yang boleh off. Ada yang boleh off tu pun satu hal. Mau cari tempat off tu kerja juga. Ada sesetangah blogger letak widget muzik tu kat bawah. Huh! susah mau scroll down sebab mau matikan lagu. Ada letak atas, senang mau bagi mati. Tapi cuba bayangkan bila anda sedang blogwalking. Buka multiple tab, lepas tu dalam sepuluh tab tu ada lima blog berwidget lagu. Berkumandang ditelinga, clash of song. Nah!! Payah mau off lagi. Tidak mustahil ada yang akan cakap siapa suruh tidak off sound. Aku jawab, bagi la aku peluang hidup gembira. Boleh tangkap kan. 

Pengakhiran; kepada blogger yang pasang lagu, saya minta maaf kalau post ini menyerang anda. Tiada niat menyerang, cuma ingin berkongsi rasa. Demi kemaslahatan jagat raya. Kalau ada sebarang idea atau bantahan, sila kemukaan. 

Ahad, 28 Oktober 2012


"Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yang dia sayang. Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang tetapi sayangilah apa yang kita miliki".

Pernah dengar kan quote ni? Yeah.

Simple. It's called karma.

Yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran.

Oleh yang demikian, bersyukurlah dan hargai lah apa yang kita ada. Jangan kerana selesa sangat kita rasa bosan dan mula nak cuba benda yang lagi thrill. Kononnya barulah fun. YOLO lah katakan.

But hey, you actually invite a bigger trouble. ok, nak bagi fair kan. Tak salah nak cuba benda baru.Kalau tak cuba benda baru sampai bila nak maju kan? Sakit itulah yang mematangkan diri. Baru advance baru berpengalaman. Yang buruk kita ambil la, yang tak elok dan menjahanamkan diri, kite tinggalkan. Apa susah??

Oleh itu, sekarang dah jatuh kan? Sekarang dah sakit kan? So, jangan nak komplen pulak. Be positif!

Sesungguhnya keputusan yang anda ambil ini adalah tepat. Sebab ketika anda buat keputusan ini berdekad yang lalu, anda dah fikir habis-habisan. Paling penting benda dah lepas tidak boleh dibetulkan.

Jadi, buatlah apa yang anda cakap dahulu. Kalau salah kita amik pengajaran dan move on! Kenyataannya semua manusia menjadi lebih baik.

p/s: Ini bukan imply pada percintaan sahaja, tapi pada semua aspek. Tak kiralah harta benda kesayangan, hobi, kawan, rumah atau makanan

BoingBoing Blog by Mr. Frauenfelder (Klik gambar untuk imej jelas)

      Sumber gambar ini aku dapat dari silenceblogz. Lihatlah pendaptan blog BoingBoing milik Mr. Frauenfelder ini, sungguh mengagumkan. Dia menjana keuntungan blog melalui pengiklanan. Tapi semua ini dilalui dengan ketabahan. Lihatlah tahun blog ini didirikan, sekitar januari 2000. Masa yang diambil ialah lebih kurang 12 tahun dan pos harian 20 - 30 pos. Satu perkara yang agak sukar jika tidak berusaha bersungguh - sungguh. 

Jadi ini sudah menjadi motivasi untuk para blogger. Blog boleh menjana pendapatan dan berkarya. Pengakhiran, mari berjuang. Haha!! Buat 20 pos sehari. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.