Sabtu, 27 Oktober 2012

Dan seterusnya adalah garam pelbagai fungsi. Saya ambil dari blog http://sazahaiza-resepi.blogspot.com/



MENJERANG AIR
-Sedikit garam yang dicampurkan ke dalam air yang dijerang boleh meningkatkan suhunya, sekali gus mengurangkan masa memasak.


MENGUPAS TELUR
-Telur yang direbus dalam air garam memudahkan proses mengupas kulitnya.


MENGUJI KESEGARAN TELUR
-Masukkan telur ke dalam air yang campur dengan sudu teh garam. Telur yang segar akan tenggelam, manakala telur yang lama akan terapung.


MEMBERSIH SAYUR BAYAM
-Jika sayur bayam dibasuh dengan garam, ia tidak perlu dibalas.


MENYIMPAN SUSU SEGAR
-Susu segar dapat bertahan lama dengan secubit garam yang dimasukkan ke dalamnya.


MEMBERSIHKAN KOTORAN PADA CAWAN-Dengan menggosokkan garam, kotoran kopi atau teh yang degil dapat ditinggalkan.


MERANGUPKAN SALAD
-Salad yang digaramkan sejurus sebelum dihidangkan mempunyai rasa yang rangup.


MENGHILANGKAN BAU BAWANG PADA TANGAN
-Gosokkan tangan dengan garam yang dicampurkan dengan cuka bagi menghilangkan bau bawang pada tangan.


MENCEGAH WARNA BUAH BERUBAH
-Buah epal, pir dan kentang yang dimasukkan ke dalam air yang sejuk dan mengandungi sedikit garam dapat mengembalikan warna asal buah selepas dikupas.


MENGATASI MASALAH SUP MASIN
-Jika sup yang dimasak terlebih garam, masukkan kentang ke dalamnya untuk menyerap rasa masin tersebut.

Di hari yang cerah ini. Aku melawat la blog http://sazahaiza-resepi.blogspot.com/. Tuan blog ni bagus sangat. Dia punya blog bukan merepek macam aku. Dia bagi info yang baik untuk kita amalkan bersama. Baca dibawah:




1.    Makan 1 hidangan ikan dalam 7 hari mampu mengurangkan sebahagian derita penyakit jantung. Ikan boleh mengurangkan risiko penyakit sebanyak 50%.

2.    EPAL (50%). Minum 12 auns jus epal @ makan 2 bij epal sehari. Mampu mengurangkan paras oksida kolesterol LDL. Epal juga berkesan menghalang serangan angin ahmar akibat penyakit jantung.

3.    WALNUT (45%).

4.    MINYAK ZAITUN (40%). Ia ada 77% lemak tepu yang mampu menurunkan paras kolesterol LDL tanpa menganggu HDL.

5.    KEKACANG (30%). Menghalang pembekuan darah & meningkatkan fungsi pembuluh darah. Ia sumber folik yang paling baik.

6.    OAT (29%). Penting untuk kesihatan sistem saraf. Membantu menurunkan tahap kolesterol & menguatkan sistem imun.

Jumaat, 26 Oktober 2012





I don't always do homework especially in university's life,
But when i do, it is on Bakrid (Eid Adha). NICE!

Oh. by the way, I got classes tomorrow. Its clinical class. Early morning till late evening. 
Not even have a chance to skype with my family but its ok, life must go on! 
Fighting!!

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA! ^_^

Khamis, 25 Oktober 2012






1. Kolestrol rendah banding ayam, lembu atau kambing.

2. Peratus kandungan lemak rendah.

3. Kandungan protein tinggi.

4. Rendah kalori (795 cal/lb) banding daging lain.

5. Kos saraan arnab rendah dbandingkan dengan  lembu. Jika lembu diberikan makanan yang sama kadarnya dengan arnab, kita akan dapat 6lb daging arnab dibandingkan dengan lembu cuma 1lb diperolehi.

6. Daging arnab adalah daging putih.

7. Perancis adalah negara pengeluar terbesar daging arnab.

8. Daging arnab sesuai untuk orang yang berpenyakit contohnya orang tua, orang yang hendak menguruskan badan atau berdiet sihat.

9.  U S Department of Agriculture mengatakan bahawa daging arnab adalah yang paling berkhasiat.



Rabu, 24 Oktober 2012


First year in medicine?? Feeling hard to memorize those 206 humans bones. Easy, there not too much to memorize actually.

Here a diagram i found while i'm browsing through 9gag last year. Hope can help a lil bit in your anatomy.


p/s: 9gag is not bad after all. But hey! Dont get addicted, and abandoned your study ok! ;)

Selasa, 23 Oktober 2012

Ni dia bangunan pening. Sekali imbas, aku fikir ni gambar edit. Rupanya bukan, design rumah ni memang macam begini.
Pandangan Hadapan - Krzywy Domek

Sedikit info:

- Lokasi bangunan : Sopot, Poland.
- Nama bangunan ni: Krzywy Domek, dalam english dipanggil Crooked House.
- Dibina : 2004 
- Idea : SzotyÅ„scy & Zalesk
- Shopping Mall

Lagi pening


Bahagia Dalam Bangunan - fotopolska




Macam menarik, kalau la dapat pergi sini.

Ni aku jumpa di 9gag.com. Aku rasa gambar ni berguna juga untuk aku dan orang lain. Jadi aku share la gambar ni. Amat berguna terutamanya pelajar dan penulis bebas seperti kita ni. Haha!





Keratan lirik:

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini



        Kita bukan dilahirkan sempurna. Kira sering melakukan kesalahan. ALLAH maha Pengampun. Selagi mana kita tidak berputus asa untuk meminta, Allah akan sentiasa mengampunkan. Hidup ini sementara. Esok kita tidak tahu tapi yang pasti adalah syurgakah kita? Nerakakah kita? Jadi sahabat pembaca. Mari kita berusaha menjadi insan terbaik dan moga kita terlindung dari seksa ALLAH dikemudian hari. sekian. 



Pernah jumpa tak orang yang kita nampak teratur, tersusun, semua benda nak berplan dan bersistematik. Atau dalam bahasa omputih nye ‘Extremely Well-Organized Person’??

Kawan hana cakap hana macam tu. Cuak jugak. Takot pulak benda ni sejenis OCD (obsessive compulsive disorder). so, hana buat la sikit baca-baca.

Tapi jangan risau, ini bukan jenis disorder. Ia cuma sejenis sikap seseorang. Tapi jangan salah bezakan orang yang macam ini dengan perfectionist. Mereka bukan perfectionist, mereka lebih teratur dari orang lain.

Cuma mereka ikot beberapa prinsip dalam hidup mereka iaitu:

  1. Takkan beli benda yang tak penting walaupun harga murah sebab nanti dia fikir nak letak mana barang tu, buat semak jek!
  2. Efisyen. Memberikan usaha yang maximum bagi tugasan atau perkara yang paling penting. Perkara yang kurang penting buat sekadar cukup makan jek.
  3. Mengelaskan barang-barang (surat, pakaian, makanan, perabot, dan segala-galanya) mengikut kategori dan kepentingan. Sebolehnya tidak berselerak.
  4. Mempunyai jadual sesi untuk membuang barang yang tak penting, menyusun dan mengelaskan barang-barang.
  5. Tidak membuang masa untuk mencari sesuatu yang terbaik secara obsess. Cukup la dengan perkara yang sekurang-kurangnya boleh digunakan. Gunakan dengan efektif.
  6. Mempunyai zon barang yang dia tak sempat nak uruskan. Supaya next time tak perlu tercari-cari.
  7. Tidak kisah menanggung malu untuk meminta pertolongan. Kalau dirasakan dia tak mampu uruskan sesuatu.
  8. Boleh bezakan antara emosi dan kepentingan. Berani membuang barang yang mempunyi nilai-nilai emosi kerana barang itu tidak lagi penting.
  9. Pandang ke hadapan dan cuba elak dari masalah. Sentiasa sediakan payung sebelum hujan.
  10. Teliti. Tahu di mana mahu menderma barang yang tidak diperlukan dan tahu di mana perlu susun setiap barang walaupun sebelum barang tu wujud.


Btw, barang yang disebut di atas ini bukan literally objek sahaja. Termasuklah perasaan, masalah, tugasan, merancang sesuatu perjalanan mahupun cara berfikir.


Isnin, 22 Oktober 2012



Jadi jangan complicated kan hidup ni. Live happily. Jangan terlampau merancang masa hadapan. Merancang tidak salah tapi jangan sampai merancang hingga mengabaikan apa yang ada sekarang. Hayati dan nikmati apa yang ada sekarang. Kerana hari ini adalah apa yang dirancang semalam. 

Have a good monday everyone!

Ahad, 21 Oktober 2012


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Bacaan Lanjut:

http://www.harian-metro-online.com/soi-lek-negara-amal-hudud-antara-yang-paling-korup?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+HarianMetroOnline+%28Harian+Metro+Online%29&utm_content=FaceBook



Saya Pangkah!! Komen Anda?


Setiap orang buat silap. Oleh itu, lebih baik kite bersedia, supaya takkan berlaku apa-apa yang tidak diingini. Jom sedia kan diri ke pasar!! 
  1. Jangan pakai baju glamer-glamer. Tracksuit digalakkan. Takot basah kena air di lantai.
  2. Sediakan icebox/besen bagi sesiapa yang pergi dengan kereta.
  3. Sediakan duit secukupnya. Sebolehnya duit kecil.
  4. Sediakan list barang yg nak beli. Termasuk jenis-jenis ikan, udang, bla bla bla..
  5. Kenalpasti kedai yang bersih dan halal.
  6. Kenalpasti haiwan/tumbuhan yg nak beli tu. Tanya la uncle or aunty jaga kedai tu.
  7. Tanya harga. Pastikan harga tersebut dgn tanya buat kali kedua.
  8. Agak-agak mahal, bargain la. Act macam dah biasa beli dengan harga lagi murah. Muka kena confident.
  9. Kalau dia ketegaq (degil) gak, p tanya kat kedai lain pulak. Cam tak besa shopping lak!
  10. Kalau tak kurang gak harga, tapi kualiti haiwan/tumbuhan tu good, setakat singgit je pon takkan nak berkira kan?
  11. Suruh dia bersihkan haiwan tu dulu. suruh dia buang organ-organ yang tak diperlukan. Termasuk lemak pada daging kalau tak mau. Tak perlu buat lagi kat rumah nanti. Haiwan tu pon takkan cepat busuk.
  12. Mintak carry bag plastik lebih. Takot bocor air-air haiwan tu nanti. 
  13. Bayar lepas dapat haiwan!
  14. Duit balance tu jangan la geli-geli nak ambil. Jangan la rasa jijik sangat. Duit yang dalam poket kita sekarang ini pon kita tak tau source dia dari mana kan. hahaha
  15. Sampai rumah, terus letak haiwan tu dalam fridge. Basuh tumbuhan-tumbuhan.
p/s: banyakkan tumbuhan dan buah-buahan.

Hana buat mistakes yang sangat besar sebab tak tanya harga dua kali. sekali kena bayar harga 3 kali ganda! and i'm really bad in finance! -.-"


hai, morning angel!

Hey princess! Kalau awak rasa awak gemok, jangan hilang confident. Hana pon pernah gemok jugak.

Hana tau bila kite rasa gemok, malu-malu je nak cakap dengan lelaki. Kalau dengan kawan-kawan perempuan pon, bila nak amik gambar kite tak nak join kan?? .. sebab kite takot kite nampak paling hodoh.

Jangan rasa teruk sangat bila kite ni merasakan diri ini size XXL. Sebenarnya kebanyakan perempuan ini selalu rasa dia gemok, padahal orang keliling dia rasa biasa je.

um, ok, Hana dulu pon macam tu. Dulu kalau berat 53kg tu dah rasa macam giant sangat dah. Tak mau makan. Mula rasa down. Introvert. Bila orang cakap sal berat mula la tipu-tipu kata "51kg dah". (jangan tiru aksi ini, sesungguhnya menipu itu tetap dosa!)

Sekali sakit and on medication, berat teros naik ke 65kg, amikkaw!! hahaha. Tapi alhamdulillah takde adik-beradik yg kutuk hana gemok sbb hana tengah sakit time tu. hehe. Tapi dah sihat pon berat tak turun gak. Tetap malu bila orang ajak bergambar. Kerna ku tahu ku gemok.

Oleh kerana adik beradik dan perlu jugak amik gambar raya ngan family, terpaksa la merelakan diri ini ada dalam gambar tu. Malu sangat!

Jangan kata kite tak ada usaha nak kurus! .. tapi memang takde pon. kikiki. Sbb hana tak boleh exercise. Tak boleh berjogging pon. So, cara lain nak kurus adalah berdiet. Walaubagaimanapun, hana punya nafsu makan lain sikit, besar, tak boleh hold-hold. hahaha. Oleh kerana dah putus asa, makan jek segala-gala. hahahaha.

Tapi lama kelamaan dah biasa dah tergolong dalam kategori gemok ni. Dah lali. Makan pon sentiasa je lalu.

Nak dijadikan cerita, elok je Hana start sambung belajar dalam course yang orang cakap dasat ni, dalam 6bulan hana turun 8kg. Bukan kerana diet!! sebabnya?? .. masih lagi misteri. Selera tetap besar gak.

Then bila hana tengok balik picture hana enam bulan sebelum tu yang time hana gemok giler-giler tu, hana ketawa jek. Gelak bergoleng-goleng. Haha. Bukan gelakkan pada orang gemok, tapi, hana cakap kat diri hana:

"Ala, bukan teruk sangat jadi gemok ni, manusia gak, kita yang tentukan kita nak happy atau tak. Kenapa masa gemok nak tension-tension, nak rasa down?? Pilih la untuk happy. Jangan fikirkan sangat apa yang orang nak cakap kat kite. Orang happy, kite jek yang fikir bukan-bukan dan stress sorang-sorang!"

Lagi satu, perlu ke diet yang tak betol tu, sampai skip waktu makan?? Tu lagi menggemokkan. Nak kurus? Nah sikit tips hana bagi!

hihi, jangan rasa down hana. Nanti kurus jugak. Tapi kalau gemok tak ada penyakit, orait je.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.