Jumaat, 19 Oktober 2012



Monolog:

Aku takot komitmen. Tak kira lah komitmen terhadap apa pon. Komitmen terhadap kekasih, janji, rakan sebilik, rakan sekelas, assignment, jawatan-jawatan penting, haiwan peliharaan, dan juga harta benda. Aku takot aku tidak dapat membahagi kasih seadil-adil nya.

Kelemahan aku. Sekali aku bagi komitmen, aku akan memberi sepenuhnya. Bila aku memberi komitmen aku rela bersusah payah, berkorban. Tapi the more we care the more we hurt.

Memang la orang cakap dalam hubungan tak pasti ni, jangan bagi 100%, jangan percaya 100%, jangan berharap 100%. Aku pon selalu nasihat orang. Aku pon tak pernah mengaku aku bagi 100%. Tapi hakikatnya hati ini je tahu. Bila kita sedar kita bagi 100%?? Bila kita terluka sangat bila diluka.

Apa lagi sebab aku takot komitmen?

  1. Tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya 
  2. Tidak dapat bagi yang terbaik 
  3.  Tidak cukup baik kah aku sampai ada yang luka kan hati ini? 
  4. Tidak cukup kuat pabila dilukakan 
  5. Takot dilukakan 
  6. Takot sedih 
  7. Takot tidak dapat tepati janji dengan sepenuhnya 
  8. Tidak memenuhi expectation pihak kedua



"Lelaki soleh digalakkan mengahwini wanita tak solehah. Tapi wanita solehah tak digalakkan kahwin lelaki yang tak soleh."
Ape kaitan tu?

Baiklah. Ini sekadar pendapat hana. Bagi hana, bila nak berkahwin atau berpasangan biarlah pasangan itu yang elok. Lebih-lebih lagi bagi yang perempuan la.

Ayat kat atas tu pon dah tunjukkan bahawa perempuan memang sangat mudah terpengaruh dengan cara dan pujukan lelaki. ceewahh! ok, ayat sopan nye, suami acuan peribadi isteri.

Ini bukan post racist! Cuma bagi perempuan seeloknya cari lah lelaki yang bagus agamanya. Bukan bermaksud tidak boleh kahwin dengan lelaki yang beragama lain. Tetapi jika kita bawa seseorang itu ke agama kita, jadi lah contoh terbaik, role model kepada keluarga dia.

Jika ingin bercinta dan berkasih dengan lelaki yang berbangsa dan beragama lain cuba buat checklist ini dulu:

  1. Dia masih amalkan cara hidup sosialnya yang tidak tahu halal dan haram.
  2. Mungkin masih ambil arak, judi, random sex.
  3. Keluarganya mengamalkan agama mereka dengan taksub. (alim)
  4. Perlu tegas dalam hukum agama kita.
  5. Dia mungkin tak faham. Perlu bersabar.
  6. Jangan putus asa kenalkan dia pada Islam.
  7. Tunjukkan Islam itu mudah dan penuh hikmah.
  8. Jangan malu tutup aurat bila keluar dengan dia. Dia akan hormat kita.
  9. Beritahu dia Islam itu sendiri kasih sayang.
  10. Beritahu dia beza Melayu dan Islam.
  11. Dia mungkin anggap kita ini kolot.
  12. Jika dia tidak hormat agama kite, tinggalkan saja. Tak rugi. Cuma menyelamatkan diri dari dosa.
  13. Kenalkan dia dengan nilai-nilai baik je.
  14. Lagi best kalau dia boleh dengar kite story tentang agama kita. Sirah ke.
  15. Kalau dah kahwin keluarga nya mungkin nak anak kita anut agama mereka.
  16. Kenalkan makanan haram dan halal. Kenapa haram kenapa halal.
  17. Kalau dia seorang yang gentleman, open minded, tidak keras hati, itu satu bonus.

Apa-apa pon, antara prinsip hana, jangan kite terlampau berharap kita boleh ubah orang. Sebab kita takkan ada kuasa mengubah seseorang melainkan dia yang nak berubah. Maybe kita boleh bagi hint or trigger je la.

Sama la dengan merokok. Kalau diri itu taknak stop, takkan stop punya lah.

Bukan tak boleh dating dengan lain agama ni, digalakkan bagi yang mampu, kalau tak, lupa kan. Tanggungjawab tu besar. So, reconsider those things ok! ^_^

Rabu, 17 Oktober 2012

Lagi Video Montano bermain piano. Terkagum dengan piano dimainkan. Cemburu juga sebab aku mana pandai main ni barang. Montano dulu bermain drum dan selepas itu main piano. Montano mempunyai semangat yang kental. Bila dia mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu, dia akan berusaha segigihnya. Dan dia memilih muzik. 






Pengakhiran, meskipun dia tidak mampu melihat tapi lihat la jari - jemarinya rancak memainkan lagu - lagu jazz. Inilah kurniaan Illahi. Pengajaran kita dapat dari video ini  "bila satu nikmat kita diambil, Allah akan gantikan dengan yang lain. Maka jadilah orang - orang yang bersyukur dan jangan kufur dengan nikmat Allah. Jangan putus asa". Macam dalam filem tu " Never Back Down"
Jose Andre Montano Baina.  Umur tujuh tahun dan berasal dari Bolivia. Kanak - kanak kurang upaya (cacat penglihatan).  Main piano (Genre Jazz).
"Blues, heavy metal, tango, bolero - I like everything" said Montano Baina. 
-The Telegraph-

Source - The Telegraph and BBC

Selasa, 16 Oktober 2012


Tengok gambar kek ni...  Huh!  mengoda jiwa sungguh.  Rupa mengoda rasa dengan kata lain, aku tengok pun boleh terliur.  Haha!

Da siap puji kek ni,  mari kita fokus kepada sebab kenapa gambar ni dipos.  ok,  Ni adalah kek Cik Hana. Sebelum aku tau harga kek ni,  aku jangka harganya RM7.99. Lepas tu member seorang ni pula teka,  dia UP lagi jadi RM12.00. Tapi mau tau ka harga sebenar kek ni? Hanganya tidak lebih dari RM5.00.  Terkejut aku bila dapat tau harganya cuma RM2.50.

Memang tidak ku sangka benda seperti ini boleh terjadi.  Haha!  bak kata pepatah '' BARU KAU TAHU LANGIT TU TINGGI KA RENDAH''.  Betul ka ni?  Biarkanlah. 

Published with Blogger-droid v2.0.9

Isnin, 15 Oktober 2012

            Tidak terasa sudah dua Minggu aku behenti merokok. Masih ada juga rasa mau merokok. Kepada perempuan - perempuan yang desak lelaki suruh berenti merokok tu. Ingat senang? 
                  Rasa mau merokok tu kena lawan. Susah ba tu, perasaan tu hanya mampu dirasakan oleh perokok.  

          Tapi mujurlah sekarang ni aku tidak cari sudah rokok. Membeli pun tidak cuma cepat lapar dan selera makan jadi kuat.

                     Adakah patut tengah - tengah malam rasa mau makan moist kek, ais krim, biskut chipsmore, ayam bakar, daging rusa dan macam - macam lagiNi menimbulkan kerisauan aku, takut perut buncit walaupun kurus kering. 
Tapi bak Dr. Hana cakap prepare for the Worst. So, Aku kena start bersenam. Yoosh!!!
kalau ada yang tengah conflict dalam hubungan itu, try baca kejap story ni. rasanya ada yang pernah terbaca or terdengar dah orang story pasal ini. Tapi kalau tak pernah, jom baca, mana tau keruh konflik perhubungan tu boleh reda sket.

ini adalah kisah maaf.


-----------------------------------------------------------
Seorang lelaki, amat mencintai seorang perempuan. Lalu bergerak untuk menikahi perempuan yang dia cintai. Perempuan itu, merasakan dirinya terpaksa, dan di awal ketika lelaki itu melamar, perempuan itu bercerita itu dan ini kepada rakan-rakannya, sedangkan perempuan itu tidak mengenali lelaki itu dengan baik pun ketika itu. 

Masa berjalan. Nyata sepanjang mereka menjalani proses ta'aruf semasa pertunangan, lelaki itu berbeza daripada apa yang disangka perempuan itu sebelum ini. 

Tetapi telah terlepas cerita, perasaan tidak senangnya, kepada rakan-rakan yang mengenali. Cerita itu berpindah dari mulut ke mulut, ditokok tambah, disalah faham, dan akhirnya Lelaki itu ditohmah, dicerca, difitnah. Seperti penjenayah layaknya dia dalam hubungan itu.

 Lelaki itu pernah berkata: "Wahai tunangku, bersihkanlah semula namaku. Tidakkah engkau sekarang bahagia?" 

Perempuan itu menjawab: "Alah, perkara sudah berlalu. Janganlah dikau simpan di dalam hatimu. Kita kena memaafkan orang. Jadi pemaaf." Mudah. 

Lelaki itu tersenyum kelat. Dan diam. Masa berjalan, dan mereka selamat melangsungkan perkahwinan. 

Sehari selepas itu, lelaki itu membawa isterinya ke satu padang. "Pinjam phone awak, sayang." "Nah. Nak call siapa? Kenapa tak pakai awak punya phone?" Isterinya bertanya. 

Tanpa menjawab, lelaki itu terus melempar telefon isterinya ke hujung padang. Si isteri terdiam. Kemudian lelaki itu memandang kepada isterinya. "Maafkan saya." Dia bersuara. Si isteri masih tergamam. 

Lelaki itu pergi ke hujung padang, dan mengambil telefon bimbit itu semula. Casingnya telah retak. 

"Nah, saya bagi semula. Maafkan saya." Lelaki itu meletakkan telefon isterinya pada tangan isterinya. 

"Ke... kenapa...?" Isterinya terketar-ketar. Perasaan bercampur baur. Matanya bergenang. Lelaki itu sekadar tersenyum. 

"Awak. Lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali pertama itu, phone awak akan kembali, kalau saya tidak pergi ambil?" Diam. 

"Kemudian awak lihat. Apakah apabila saya minta maaf kali kedua itu, phone awak yang dah retak ini, terus menjadi seperti sebelum saya baling?" Diam. Air mata mula mengalir. 

"Dan bayangkan kalau saya tidak ambil semula. Dan saya sekadar cakap pada awak: Maafkanlah saya. Kita kena memaafkan orang. Jadilah pemaaf. Apa awak rasa? Apakah phone awak akan automatik kembali kepada tangan awak dalam keadaan baik?" Dan air mata itu mengalir deras. 

"Sayang, maaf tidak boleh memutarkan waktu. Dengan kita bersungguh menebus kesalahan kita, cuba perbaiki keadaan yang telah kita kucar-kacirkan, pun tetap tidak boleh memutarkan waktu. Yang terjadi telah terjadi. Tetapi sekurang-kurangnya, itu menunjukkan kesungguhan kita dalam meminta maaf, menenangkan sedikit, mengubat sedikit, hati orang yang telah kita lukakan." 

"Hati saya lebih fragile daripada phone awak, awak tahu?" Dan lelaki itu menarik perempuan itu pada dakapannya. 

"Awak kena tebus salah awak, dengan menjadi isteri yang baik kepada saya." Dan perempuan itu tidak mampu berkata-kata. 

Pada kala itu, di dalam jiwanya hanya ada satu harapan: "Kalaulah boleh diputarkan masa. Sungguh, dia selama ini telah melukakan orang yang amat mencintainya."
-------------------------------------------------------------------------------------------------------


(walaweh, romantik!!)

ha, panjang pulak story ni. pape pon, sorry bukan boleh hapuskan segala kesalahan kita, tapi sorry yang iklas mampu mengubah hati dan pandangan seseorang pada kita.

ikhlas lah meminta maaf.



Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa

sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti.

Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemi selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh menaip dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal- hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.”

“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun.. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

#(copypaste, tapi tatau dari mana, zaman bila, tup-tup ada dalam lappy ni)
Assalamualaikm.




Em.. Daging arnab dibuat rendang. Apa yang anda akan terfikir. Sedap atau kasihan? Bagi aku yang belum pernah rasa daging arnab ni, mau rasa juga tapi ada pula rasa kasihan. Bila da ada rasa kasihan, tidak boleh makan. Haha!

Tapi rasa mau try pula.




Ni la rupa dia bila tiada bulu sudah. Macam ayam isi dia. Kalau masak kari atau goreng celup tepung ok ka? Haha!

Ahad, 14 Oktober 2012


Besaq baq ang..  besaq pinggan la...  Haha!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Memang tidak menang la ba.  Adakah ni barang pondan mau pakai baju perempuan.  Mau lawan mahkamah syariah.  Memang tidak dapat la ba lawan hukum Allah.  Hukum yang menjaga kita dan membentuk kita menjadi manusia terbaik.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tadi masa browse mencari gamba kat Google, terjumpa pulak gambar ini en. Google bagi.


woohoo!! excited pulak. ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cakapbisa. Dikuasakan oleh Blogger.